• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Sorok Kegiatan Dadah Dalam Kalangan Pelajar

oleh Ahmad Albab
20/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU KURAU – Kementerian Pendidikan memberi amaran kepada pihak sekolah agar tidak menyembunyikan kegiatan penyalahgunaan dadah yang berlaku dalam kalangan pelajar, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau menegaskan laporan mengenai kegiatan terbabit yang berlaku di sekolah rendah dan menengah perlu dimaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah sebelum ia diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk tindakan lanjut.

“Jangan kerana kes yang berlaku melibatkan dua atau tiga orang pelajar, kita (pihak sekolah) tidak mahu buat laporan (kes dadah) kepada pejabat pendidikan daerah. Pejabat pendidikan daerah boleh merungkai semua sekali kepada Jabatan Pendidikan.

“Apabila laporan dibuat kita boleh tahu negeri dan daerah mana yang jumlahnya (kes dadah) kritikal,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Sekolah Kebangsaan Kampong Perak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed pada 18 April yang menyatakan 825 daripada 23,583 pelajar sekolah menengah di seluruh negara yang menjalani ujian saringan air kencing, didapati positif dadah dalam tempoh suku pertama tahun ini.

Menurut Mahdzir, kementerian bekerjasama dengan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta Persatuan Mencegah Dadah Malaysia bagi mencegah kegiatan itu daripada terus berleluasa dalam kalangan pelajar selain mengenal pasti kawasan ‘hot spot’ di luar bandar dan bandar.

Beliau berkata sekiranya pelajar ditangkap kerana mengedar atau memiliki dadah, kes terbabit diserahkan sepenuhkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut termasuk ujian air kencing.

“Pihak sekolah akan berhubung dengan ibu bapa pelajar berkenaan dan guru kaunseling akan memberi penjelasan dan nasihat berhubung penyalahgunaan dadah kepada mereka,” katanya.

Mengenai statistik pelajar sekolah rendah dan menengah yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah, Mahdzir berkata daripada 14,049 pelajar yang diuji, 554 daripadanya positif dadah bagi tempoh Januari hingga 15 Mac ini.

“Kebanyakan pelajar terlibat dalam penyalahgunaan dadah yang berasaskan kepada pil sintetik kerana mudah diperoleh dan kebanyakan yang terlibat adalah pelajar Tingkatan Empat dan Lima,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Alias Ahmad sedang membincangkan secara terperinci berhubung cadangan untuk membenarkan penggunaan gajet dan peranti elektronik ke sekolah bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran (PDP).

“Dasar pendidikan sedia ada sekarang ialah tidak membenarkan pelajar membawa gajet ke sekolah.

Zaman telah berubah dan teknologi semakin tinggi dan dunia semakin maju ke hadapan tetapi kita masih tidak membenarkan pelajar membawa gajet,” katanya.

Mahdzir berkata satu bentuk pekeliling mengenai keputusan rasmi kementerian akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalidkes dadahpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd