• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto Khusus Untuk Kelantan Bagi PRU Ke-14

oleh Ahmad Albab
20/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – UMNO Kelantan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyediakan manifesto Barisan Nasional (BN) khusus bagi negeri Kelantan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata manifesto itu merangkumi komitmen BN untuk memajukan Kelantan dan tumpuan kepada keperluan rakyat serta kemampuan kewangan kerajaan persekutuan.

“Ia (Manifesto) merupakan janji pihak kami (BN) kepada rakyat Kelantan. Walaupun pihak kami kalah pada PRU13, tetapi kami mampu melaksanakan berberapa perkara (pembangunan) untuk rakyat di Kelantan terutamanya berkaitan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang tidak termasuk dalam manifesto PRU13,” katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri melancarkan Jelajah Dikir Barat Peringkat Negeri Kelantan 2017 di Dataran Bukit Bunga di sini malam tadi.

Beliau berkata jawatankuasa tersebut akan bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat bagi mendapatkan pandangan masing-masing untuk diteliti dan kemudian dimasukkan ke dalam manifesto tersebut.

Mustapa berkata tumpuan akan diberikan kepada soal pembangunan tanah, peluang pekerjaan untuk golongan muda dan pemeliharaan alam sekitar di Kelantan.

“(Manisfesto) berkemungkinan dimuktamadkan dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi,” katanya.

Mengenai program Jelajah Dikir Barat itu, beliau berkata UMNO Kelantan akan menggunakan kumpulan dikir barat sebagai platform untuk menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat.

Beliau berkata dikir barat merupakan satu kaedah kreatif yang berkesan bagi menyampaikan mesej kerajaan melalui tokoh pendikir iaitu melalui hiburan dan seloka.

“Kami (BN) akan menggunakan kaedah ini seminggu atau dua minggu sekali di setiap kawasan Parlimen yang terdapat di Kelantan secara bergilir-gilir sehingga menjelang PRU14,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa Mohamedmanifesto
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Poster Sumbangan Kerajaan Persekutuan:  “Kau Ingat Budak-Budak Johor Boleh Dicoki-Coki?”

Poster Sumbangan Kerajaan Persekutuan: “Kau Ingat Budak-Budak Johor Boleh Dicoki-Coki?”

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelawak dan personaliti media sosial, Shahrol Shiro mempersoalkan Pakatan Harapan (PH) yang masih belum membentangkan manifesto Pilihan...

Jangan Biarkan Momentum Johor Terhenti Di Pertengahan Jalan – Onn Hafiz

Jangan Biarkan Momentum Johor Terhenti Di Pertengahan Jalan – Onn Hafiz

26/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Jangan biarkan segala pencapaian Johor sepanjang empat tahun lalu hasil usaha bersama kepimpinan kerajaan negeri dan Bangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd