• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Acong Bikin Showcase Bersama Sweetchild

oleh Ahmad Albab
20/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelawak Acong menyifatkan penyingkirannya menerusi kumpulan Nice menerusi Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) pada minggu kelapan baru-baru ini sebenarnya memberi hikmah.

Jelas pemilik nama sebenar Ahmad Fauzi Manat ini, penyingkiran itu membolehkan dia kembali memberi tumpuan kepada karier muzik bersama kumpulan Sweetchild selain meneruskan showcase istimewa bersempena 22 tahun penglibatan mereka dalam industri muzik.

“Sebenarnya dari tahun lepas kami sudah merancang untuk adakan showcase ini tetapi terpaksa ditunda kerana jadual kami yang agak padat selain faktor saya menyertai Maharaja Lawak Mega 2017.

“Penyingkiran kumpulan Nice bersama dua lagi ahli iaitu Ropie dan Tauke daripada pertandingan itu baru-baru sebenarnya ada hikmah dan membolehkan saya bersama Sweetchild teruskan persembahan tersebut.

“Jika tidak tersingkir, saya sendiri pun tidak tahu bila kami dapat merialisasikan showcase itu kerana peminat sering bertanya bila kami ingin adakah persembahan bersama,” katanya kepada mStar Online.

Acong Bikin Showcase Bersama Sweetchild
Sweetchild bakal mengegarkan Hard Rock Cafe Melaka pada 13 Mei ini.

Acong bersama kumpulan Sweetchild ditemui pada sidang media pengumuman showcase itu yang diadakan di sini, Selasa lalu.

Showcase itu bakal diadakan pada 13 Mei ini di Hard Rock Cafe Melaka pada pukul 8 malam.

Selain Acong, Sweetchild turut dianggotai oleh Suzahari Aziz atau Yem (keyboard), Saiful Azlan Ahmad atau Aalan (gitar), Ahmad Zamri Zainal Abidin atau Ijan (gitar bas) dan Romzi Mohd Minsawi atau Pet (drum).

Dalam pada itu, Acong berkata, pada acara itu nanti mereka akan mempersembahkan 18 buah lagu khas buat peminat selain mengundang dua artis jemputan iaitu Syamel dan Datuk Amir Pearl.

Acong Bikin Showcase Bersama Sweetchild
Sweetchild masih bertahan selepas 22 tahun dalam industri seni.

Kata Acong, mereka memilih Hard Rock Melaka sebagai lokasi permulaan dan bercadang membawa showcase itu ke Hard Rock Kuala Lumpur pada masa akan datang.

“Persembahan itu nanti akan memperlihatkan kami menyanyikan semula semua lagu popular kami sekitar tahun 90-an termasuk beberapa lagu baharu.

“Syamel dan Datuk Amir Pearl pula akan berduet dengan kami sebagai tambah nilai kepada showcase itu nanti.

“Kami memang sangat teruja dengan showcase ini dan berharap ia dapat diadakan ditempat lain pula selepas ini,” katanya.

Tiket bagi menyaksikan persembahan itu dijual pada harga RM55 dan ia boleh dibeli dikaunter Hard Rock Cafe Melaka atau menghubungi Hard Rock Cafe di talian 06-2925 188. – mStar Online

Tags: penyanyiSweetchild
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd