• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut Serangan Bom, Tembakan Di Selatan Thai

oleh Ahmad Albab
20/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Dua lagi penduduk maut dan tiga cedera dalam kejadian keganasan terbaharu membabitkan serangan serentak senjata api dan bom terhadap kira-kira 13 sasaran di tiga wilayah selatan Thailand malam ini.

Serangan itu berlaku di wilayah Pattani, Songkla dan Narathiwat mulai 7 malam tadi (waktu tempatan).

“Anggota keselamatan yang bertugas malam ini diminta berjaga-jaga berikutan serangan serentak yang berlaku,” kata jurucakap tentera Bahagian ke-4 Kol Pramote Prom-in sambil menambah serangan berlaku di Kaphor, Yarang dan Mayo di Pattani.

Antara sasaran serangan di ketiga-tiga wilayah itu termasuk balai polis, unit serta pos keselamatan.

Di Narathiwat, tujuh kejadian serangan senjata api dan bom dilaporkan berlaku antaranya di Yingo, Srisakorn, Ranget, Resak, Takbai dan Sungai Padi manakala di Songkla pula, insiden keganasan berlaku di Sabayoi, Chana dan Thepa.

Di Sabayoi, Songkla, dua lelaki maut dipercayai ketika cuba memasang bom yang meledak secara tiba-tiba menurut Penolong Ketua Daerah Sabayoi Somchai Kaewkomdee hari ini.

Wilayah itu menyaksikan pemberontakan yang sudah meragut lebih 6,500 nyawa, kebanyakannya penduduk awam, dalam keganasan pemisah sejak 2004.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. Rundingan antara kerajaan Thailand dan beberapa kumpulan pemisah bermula pada 2013 di bawah kerajaan awam pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, tetapi digantung sejak tentera merampas kuasa pada 2014. – AGENSI/BH ONLINE

Tags: Selatan Thailandserangan bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand

Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand

02/09/2024
0

PATTANI - Sebanyak 20,000 pelancong dari Malaysia bercuti di Wilayah Selatan Thailand dan menyumbang lebih 100 juta Baht (100 Baht...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam Serangan Kebakaran Di selatan Thailand

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam Serangan Kebakaran Di selatan Thailand

23/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat atau terjejas dalam serangan kebakaran di beberapa tempat di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd