• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Dapat Panggilan Telefon Nombor Curiga!

oleh Ahmad Albab
20/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT Aman mengulangi nasihat terhadap orang ramai supaya mengabaikan panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali dan curiga dari luar negara bagi elak menjadi mangsa sindiket penipuan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Siber dan Siasatan Multimedia) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamaruddin Md Din berkata, panggilan tersebut tidak mendatangkan kecurian maklumat peribadi tetapi penerimanya mungkin berdepan risiko dikenakan caj balik (panggilan).

“Kita sudah buat kajian dengan syarikat telco, kes kecurian maklumat menerusi panggilan tidak mungkin berlaku.

“Jadi dakwaan kecurian maklumat tidak benar. Cuma apa yang kita bimbangkan adalah penerima akan dikenakan caj balik, itu yang bahaya,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun Mohd Kamaruddin berkata, kes kecurian maklumat hanya akan berlaku jika sejenis virus atau malware dihantar ke telefon bimbit mangsa atau telefon tersebut digodam.

“Kalau malware yang dihantar ke telefon bimbit kita klik, jadi ia akan bertindak mencuri maklumat kita. Tapi kalau setakat jawab panggilan itu tak ada masalah,” katanya.

Jelas beliau, setakat ini tiada laporan polis diterima membabitkan kes tersebut.

“Setakat ini tiada laporan yang kita terima. Namun kita sedia maklum bahawa mereka yang terima panggilan ini berkongsi maklumat mengenainya dengan rakan-rakan lain dalam akplikasi WhatsApp. Mereka saling menasihati antara satu sama lain supaya jangan angkat panggilan itu,” katanya.

Tegas beliau, mangsa masih boleh membuat laporan polis tetapi tiada apa-apa yang dilakukan kerana panggilan tersebut dibuat dari luar negara.

“Namun, saya minta orang ramai supaya lebih berhati-hati pada zaman dunia digital yang penuh mencabar pada hari ini. Kalau panggilan dari luar negara yang kita tak kenal janganlah angkat, kita kena fikir logik,” katanya.

Baru-baru ini orang ramai mengadu menerima panggilan daripada nombor yang mencurigakan antaranya nombor yang bermula dengan pangkal +960, +373, +216, +795, +324 yang dikatakan panggilan dari luar negara.

Kebanyakan nombor panggilan itu dikongsi orang ramai menerusi laman Facebook. – mStar Online

Tags: Bukit Amanscam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

17/02/2026
0

BESUT: Seorang kontraktor rugi RM107,995 terpedaya dengan tawaran tender projek tidak wujud. Lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd