• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TKB Memperkasa Agenda Bumiputera, Kata PM

oleh AK-47
19/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) iaitu satu lambaran berwajah baharu ke arah perjuangan memperkasa agenda Bumiputera.

Katanya, jika sebelum ini agenda Bumiputera lebih tertumpu kepada sudut ekonomi sahaja, namun menerusi TKB usaha itu akan bersifat inklusif atau terangkum lagi holistik.

“Bahkan lebih mustahak dan jauh daripada itu, Transformasi Kesejahteraan Bumiputera ini turut merangkumi segenap aspek kesejahteraan hidup seperti pendidikan, kesihatan, sosial dan budaya,” kata Najib ketika berucap melancarkan TKB di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Ekonomi Bumiputera (TERAJU), Datuk Husni Salleh.

Perdana menteri seterusnya berkata TKB akan membawa kepada komuniti dan usahawan Bumiputera yang lebih fokus, berdaya maju, kreatif serta inovatif dan bersedia untuk bersaing di peringkat global.

Jelas Najib, TKB yang akan membawa agenda pemerkasaan Bumiputera ke fasa kedua, berasaskan kepada Lima Transformasi Utama Bumiputera.

Ia merangkumi usaha melonjakkan skala Bumiputera, memperkasa modal insan Bumiputera, meningkatkan daya saing Bumiputera, mendaya mobiliti sosial Bumiputera dan men-Transformasi Kesejahteraan Bumiputera secara tuntas dan holistik.

Najib berkata menerusi TKB, pencapaian ekonomi Bumiputera juga akan diukur dari segi pendapatan korporat dan isi rumah, peningkatan bilangan profesional berdaftar serta penyertaan di peringkat pengurusan dan berkemahiran tinggi.

“Maknanya, kalau selama ini Dasar Ekonomi Baru melihat dari segi pegangan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat sebagai penanda aras, TKB ini mengambil kira dimensi-dimensi yang lebih luas dalam mengukur kesejahteraan Bumiputera,” katanya.

Perdana menteri mengambil contoh bahawa usaha gigih kerajaan selama ini membuahkan hasil dengan purata pendapatan isi rumah Bumiputera telah meningkat daripada RM3,624 pada 2009 kepada RM5,548 pada 2014.

Lanjutan itu, katanya, TKB bukan sahaja menjadi agenda nasional bahkan dijadikan sebagai asas kepada dasar-dasar, pelan induk dan tindakan dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan kerajaan melibatkan​​​​ pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Sementara itu, Najib berkata prakarsa dan perjuangan terhadap kepentingan Bumiputera sewajibnya terus menjadi agenda utama kerajaan.

Katanya, justifikasi kepada perkara ini adalah kerana berdasarkan statistik terkini, masyarakat Bumiputera mewakili 68.8 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang berjumlah 31.7 juta orang.

Katanya, angka itu diunjurkan mencecah 69.1 peratus kira-kira tiga tahun dari sekarang dan menjelang 2030 ia akan mencapai 70.7 peratus.

Selain itu, katanya, tuntutan untuk memelihara kepentingan Bumiputera sangat jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan adalah amat wajar untuk kerajaan terus memperjuangkannya.

“Namun demikian, kerajaan sentiasa beringat-ingat bahawa dalam memperjuang agenda Bumiputera, ia bukan bermakna kita sewenang-wenangnya boleh mengambil hak orang lain.

“Sebaliknya secara beriring-iring dan selari, kerajaan wajib menjaga kepentingan sah kaum-kaum yang ada di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd