BERITA sedih buat para peminat drama Korea, kerana aktor terkenal Lee Min Ho tidak akan lagi terlibat dalam mana-mana projek hiburan selama dua tahun kerana bintang itu bakal menjalani latihan ketenteraan tidak lama lagi.
Berita itu dimaklumkan oleh syarikat pengurusan Min Ho, MYM Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi baru-baru ini.

“Tarikh latihan ketenteraan Lee Min Ho baru saja disahkan hari ini dan benar dia bakal melaksanakan tanggungjawabnya kepada negara pada 12 Mei depan di Gangnam,” tulis kenyataan itu.
Berita hero drama Legend of The Blue Sea ini bakal mengikuti latihan ketenteraan ternyata menimbulkan kedukaan para peminatnya memandangkan tidak boleh lagi menyaksikan aktor itu selama dua tahun di televisyen.
Tahun lalu, heboh menyatakan aktor berusia 30 tahun ini dikecualikan dari latihan ketenteraan kerana mempunyai sejarah kesihatan yang tidak mengizinkan.
Ini susulan, kakinya pernah mengalami kecederaan akibat kemalangan tahun lalu.
Untuk makluman, Korea Selatan mewajibkan semua warganegara lelakinya menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun bagi bersedia menghadapi ancaman musuh mereka, Korea Utara. – MYNEWSHUB.CC

