• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Ah Long Raih RM3 Juta Sebulan Tumpas

oleh Ahmad Albab
19/04/2017
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sindiket Ah Long berpangkalan di Johor meraih sekurang-kurangnya RM3 juta sebulan sejak tiga tahun lalu, hidup di atas kesengsaraan orang yang terdesak meminjam wang dengan mudah.

Ah Long mengenakan kadar faedah terlalu tinggi sehingga 20 peratus sebulan.

Kadar faedah itu boleh meningkat setiap hari sekiranya ‘pelanggan’ gagal membayar semula mengikut jadual.

Pelanggan yang gagal akan diancam atau disimbah cat pada kediaman mereka.

Sindiket ini beroperasi dari rumah kedai, apartment sehingga ke kediaman mewah, di mana mereka mempengaruhi mangsa menerusi risalah, dari mulut ke mulut dengan menjanjikan wang ‘mudah’ buat mereka yang terdesak.

Seperti syarikat-syarikat lain, ia turut mempunyai barisan pekerja – pengurus, ‘penguatkuasa’, pengutip hutang yang bekerja di bawah dalang sindiket.

Memulakannya sebagai ‘perniagaan’ di Johor, sindiket tersebut memperluaskan ‘jajahannya’ ke Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan dalam tempoh tiga tahun.

Bagaimanapun sindiket mereka berakhir selepas pasukan dari Bukit Aman menjalankan serbuan ke atas beberapa operasi yang dijalankan sindiket dan menahan 31 anggotanya berusia antara 23 dan 40 tahun, termasuk dalang pada Isnin dan Selasa.

Ia merupakan hasil risikan sejak tiga bulan lalu.

“Kita bekerjasama dengan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram Bukit Aman untuk menumpaskan sindiket ini. Mereka bertanggungjawab mengakibatkan kesengsaraan sekurang-kurangnya 1,500 mangsa dari seluruh negara,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Acryl berkata, dalang juga tidak terkecuali ditahan dalam serbuan menerusi Ops Vulture itu.

Beliau memberitahu salah seorang daripada suspek bergelar Datuk.

“Kami masih dalam proses menentukan jumlah mangsa yang terlibat. Setakat Isnin, senarai sindiket menunjukkan sekurang-kurangnya 1,500 mangsa di seluruh negara,” katanya.

Acryl mendedahkan wang tunai lebih RM25,000 termasuk 16 kereta, dua rumah (di Negeri Sembilan) dirampas. Jumlah nilai barangan yang dirampas lebih RM1.3 juta.

Menurut Acryl, tiada mangsa yang mengalami kecederaan fizikal.

“Sehingga kini, sindiket itu tidak menyakiti atau menahan pemimjam ingkar,” katanya sambil menasihatkan orang ramai supaya berhenti menggunakan khidmat Ah Long.

“Tanggungjawab untuk membanteras pinjaman wang haram bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa. Realitinya sindiket ini wujud kerana permintaan orang ramai.

“Polis akan terus menjalankan operasi dan serbuan terhadap aktiviti-aktiviti ini, tetapi jika orang ramai masih berdegil untuk menggunakan perkhidmatan tersebut, masalah ini tidak dapat diselesaikan,” katanya. – The Star Online/mStar Online

Tags: Ah Longpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd