• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Buat Laporan Polis Dakwa Anak Dipukul Guru

oleh AK-47
19/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang bapa membuat laporan polis hari ini, mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan berlaku pendarahan di dalam mata sebelah kiri.

Raja Faizuddin Raja Sulaiman, 39, berkata kejadian disedari pada pukul 1.40 tengah hari semalam ketika beliau dan isteri menghantar bekalan makanan kepada anaknya, Raja Irfan Anaqi, 8, yang belajar tahun 2 di Sekolah Rendah Kebangsaan Dato’ Hashim 2 di Pengkalan Chepa di sini.

“Ketika bertemu dengan anak, saya dapati berlaku pendarahan dalam mata Raja Irfan. Saya bertanya kepadanya dan rakan-rakannya kenapa mata boleh cedera.

“Raja Irfan dan rakan-rakannya memberitahu seorang guru lelaki telah memukulnya menggunakan penyapu bulu ayam di bahagian batang besi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu.

Raja Faizuddin berkata beliau kemudian ke kelas anaknya itu untuk mencari penyapu bulu ayam tersebut namun tidak menemui barang berkenaan.

Beliau berkata penjelasan pihak sekolah mengenai insiden itu juga tidak memuaskan hati.

Beliau kemudian membawa anaknya ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini untuk mendapatkan rawatan.

Timbalan Ketua Polis Kota Bharu Supt Setapa Yusuf ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai insiden itu. – BERNAMA

Tags: dipukulGuru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

Guru Cedera, Kereta Mengundur Sendiri Rempuh Kantin Sekolah

Guru Cedera, Kereta Mengundur Sendiri Rempuh Kantin Sekolah

03/04/2026
0

KULIM – Seorang guru lelaki berusia 55 tahun berdepan detik cemas apabila kereta yang baru diparkirnya secara tiba-tiba mengundur sendiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd