• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayda Jebat, Redza Rosli & Dato Vida Duta Baru Tonton

oleh AK-47
18/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERVIS penstriman terbesar tempatan dan pertama di Malaysia, Tonton telah memperkenalkan empat orang duta terbarunya menggantikan duta-duta yang terdahulu iaitu Saharul Ridzwan, Mia Ahmad, Henley Hii dan Soo Wincci.

Tahun ini pula, tugas itu digalas oleh Ayda Jebat dan Redza Rosli bagi kandungan berbahasa Melayu dan duo Mandopop, Thomas Jack (Thomas Kok dan Jack Tan) untuk duta kandungan berbahasa Cina.

Selain itu, Tonton turut memperkenalkan aplikasi dan pengahlian premium yang diberi nama Tonton VIP.

Ayda Jebat, Redza Rosli & Dato Vida Duta Baru Tonton

Ahli-ahli Tonton boleh menikmati Tonton pada skala yang lebih menakjubkan, seperti akses acara-acara eksklusif secara langsung, rangkaian premium dan arkib lengkap tonton yang merangkumi kandungan lebih dari 20,000 jam bebas iklan dan tontonan offline — semua ini dengan harga serendah RM3.

Pelancaran rasmi kempen itu berlangsung petang Selasa di Signature By The Hill @The Roof, First Avenue, Bandar Utama dan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Kamal Khalid; Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali; Pengurus Besar Kumpulan Ntv7, 8TV, Tonton, Airin Zainul dan Pengurus Besar Tonton, Bern Jern Loh.

Ayda Jebat, Redza Rosli & Dato Vida Duta Baru Tonton
Ayda Jebat, Redza Rosli, Dato’ Seri Vida dan duo Mandopop, Thomas Jack sebagai duta terbaru Tonton.

Apa yang lebih mengujakan lagi, keluarga Tonton bakal diserikan lagi dengan kehadiran Dato’ Seri Vida sebagai “Ratu Tonton”!

Pemilihan tokoh perniagaan berjaya ini dibuat bagi memberi inspirasi kepada rang ramai dan menarik lebih ramai pengguna untuk mendaftar pakej tonton VIP, serta menerima layanan eksklusif bak diraja.

“Saya bersyukur dan berbangga kerana Pamoga diberi penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Tonton pada tahun ini. Saya percaya kerjasama ini dapat membawa nama Pamoga dan Tonton ke arah yang lebih baik dan terus maju ke hadapan,” kata Dato’ Seri Vida mengenai pemilihan yang tidak disangka-sangka itu.

Tahun ini, tonton bakal menyajikan ahli-ahlinya dengan arkib yang lebih luas seperti Jojie Gigil, Bahagia Kasihmu, Raisha, Misi Laksa dan Laksam, I Am Not A Loser dan Beautiful World…My Pet Lover yang ditayangkan menerusi Tonton First, iaitu rancangan yang boleh ditonton sebelum ditayangkan di kaca televisyen.

Ayda Jebat, Redza Rosli & Dato Vida Duta Baru Tonton
Tonton bakal bekerjasama dengan YouTuber terkenal tanah air iaitu JinnyboyTV.

Apa yang menarik lagi, Tonton bakal bekerjasama dengan YouTuber terkenal tanah air iaitu JinnyboyTV dengan menerbitkan sebuah filem yang akan dikeluarkan pada bulan Ogos tahun ini dan merupakan kolaborasi antara kedua-duanya.

Selain itu, pengguna juga boleh strim secara langsung perlawanan bola sepak Malaysia seperti Liga Super Malaysia, Piala FA dan Piala Malaysia, serta acara-acara berprestij tempatan seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian, semuanya secara definisi-tinggi (HD). – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ayda Jebatdutatonton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Duta Baru – Boikot Jejaskan Rakyat Malaysia, Bukan AS, Israel

Duta Baru – Boikot Jejaskan Rakyat Malaysia, Bukan AS, Israel

02/04/2024
0

Kempen boikot yang berterusan terhadap beberapa syarikat rantaian berkaitan Amerika Syarikat di Malaysia akhirnya akan memberi kesan dan menjejaskan pekerja...

China Negara Pertama Lantik Duta Ke Afghanistan

China Negara Pertama Lantik Duta Ke Afghanistan

14/09/2023
0

KABUL : China menjadi negara pertama yang menamakan duta ke Afghanistan sejak Taliban kembali berkuasa pada tahun 2021. Taliban berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd