• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Rasuah Dalam Sukan Masih Terkawal – SPRM

oleh AK-47
18/04/2017
dalam Jenayah, Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan masalah rasuah dalam kalangan atlet, persatuan sukan serta pegawai badan awam yang terlibat dalam organisasi sukan masih dalam keadaan terkawal.

Timbalan Ketua Pesuruhanjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata biarpun masalah itu tidak serius tetapi kebanyakkan isu salah laku rasuah dalam sukan lebih cenderung kepada pegawai badan awam yang salah guna kuasa mereka dalam mengurus tadbir sesebuah organisasi sukan.

“Rasuah dalam sukan memang berlaku tetapi tidak sampai ke tahap yang begitu serius. Berdasarkan data dan fakta yang ada, saya melihat masalah rasuah dalam sukan lebih tertumpu kepada salah laku pegawai badan awam dalam organisasi sukan dalam kes perolehan.

“Setakat lima tahun lepas, tiada lagi yang tertuduh tetapi ada siasatan dijalankan. Kebanyakan kes yang disiasat itu adalah yang melibatkan pembelian peralatan dan pemberian perkhidmatan,” katanya ketika berucap pada majlis ‘Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah Sukan’ anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) di Institut Sukan Negara, Bukit Jalil di sini.

Katanya pemimpin badan sukan seharusnya sedar tanggungjawab mereka adalah memastikan atlet dalam prestasi cemerlang bukan salah guna kuasa dengan mengambil kesempatan terhadap beberapa perkara lain yang melibatkan sukan masing-masing.

Pada majlis itu Azam yang mewakili SPRM dan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), anjuran PPS disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Khairy dalam ucapannya berkata pihak PPS telah mengambil pencegahan awal dalam memastikan salah laku dan isu rasuah tidak berlaku dalam mana-mana badan persatuan sukan dengan memantau urus tadbir organisasi sukan.

“Akan tetapi semua usaha kita lakukan yang terbaik itu tidak akan menjadi realiti tanpa prestasi dan urus tadbir yang mantap dalam kalangan badan-badan sukan. Demi kecemerlangan sukan adalah penting pengurusan organisasi sukan itu berada di landasan yang betul dan kukuh,” kata​ Khairy. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd