• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 PATI Indonesia Ditahan Di Pulau Kukup

oleh AK-47
17/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua puluh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor di perairan Pulau Kukup di sini, awal pagi tadi ketika cuba pulang ke negara asal dengan menaiki bot pancung.

Dalam kejadian 4.45 pagi itu, anggota PPM menahan seorang tekong bot, seorang pembantu serta 13 lelaki dan lima wanita berusia di antara 25 hingga 50 tahun, kata Komander PPM Wilayah Dua Johor ACP Paul Khiu Khon Chiang.

Beliau berkata ketika PPM Kukup menjalankan tugas Ops Gelora di lokasi berkenaan, mereka mendapati sebuah bot pancung menuju ke Pulau Karimon, Indonesia.

“Hasil pemeriksaan mendapati 15 lelaki dan lima wanita menaiki bot melalui jalan yang tidak diwartakan. Semasa siasatan awal tekong bot memberitahu dia membawa kesemua PATI dari Sungai Penerok menuju ke Pulau Karimon, Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

PPM Wilayah Dua Johor juga merampas sebuah bot pancung, enjin, pasport warganegara Indonesia yang sudah tamat tempoh dan dua telefon bimbit.

Khiu berkata mereka disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana cuba keluar dari Malaysia melalui pengkalan yang tidak diwartakan dan Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia melebihi masa serta memiliki dokumen perjalanan tamat tempoh serta Seksyen 26(a) Akta Antipemerdagangan dan Antipenyeludupan Migran 2007,” katanya. – BERNAMA

Tags: ditahanPati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd