• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Generasi Pertama Pemimpin Singapura, Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
18/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Othman Wok, bekas anggota Kabinet dan seorang daripada pendukung awal dasar pelbagai kaum di Singapura, meninggal dunia hari ini pada usia 92 tahun, demikian diumumkan Parti Tindakan Rakyat (PAP).

PAP, dalam catatan di akaun Facebooknya berkata Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyanjungi Othman sebagai “seorang dari pasukan pemimpin pengasas pelbagai kaum yang membina Singapura”.

Ia menyatakan Othman adalah sebahagian daripada anggota utama Kabinet pertama Singapura yang dibentuk oleh mendiang Lee Kuan Yew.

Beliau berkhidmat sebagai Menteri Kebudayaan dan Hal Ehwal Sosial antara 1963 dan 1977.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura berkata Perdana Menteri dan anggota Kabinetnya sedih mendapat berita tentang pemergiaan Othman dan menyampaikan ucapan setinggi takziah kepada keluarganya.

Dalam kenyataan yang dicatatkan di laman webnya, PMO berkata Othman meninggal di Singapore General Hospital pada 12.21 tengah hari ini.

“Othman adalah seorang daripada yang menandatangani Perjanjian Perpisahan dan bapa pengasas Singapura. Beliau adalah anggota utama Kabinet Encik Lee Kuan Yew, ketika tempoh kritikal semasa Singapura berada dalam Malaysia, dan kemudian berpisah dari Malaysia untuk menjadi sebuah republik merdeka.

“Beliau menyokong Encik Lee dalam memperjuangkan dasar pelbagai kaum dan agama di Singapura, dan menjadi seorang daripada rakan paling rapat Encik Lee,” kata kenyataan itu.

PMO berkata Kerajaan Singapura akan memberi penghormatan kepada Allahyarham dengan membawa jenazahnya di atas Pedati Meriam untuk perjalanan terakhirnya dari Masjid Sultan ke Pusara Abadi di Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang esok.

Kerajaan mengarahkan bendera negeri dinaikkan separuh tiang di semua bangunan kerajaan hingga 19 April. – BERNAMA

Tags: meninggal duniapemimpin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

22/05/2026
0

PUTRAJAYA – Malaysia kini berada di kedudukan ketujuh negara paling dipercayai di dunia berdasarkan laporan 2026 Edelman Trust Barometer. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd