• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Rumah Tangga Isu Peribadi” – Menantu Chef Wan

oleh AK-47
17/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAVIN Edward O’Luanaigh iaitu suami kepada pelakon Serina Redzuawan menggesa supaya isu perceraian membabitkan rumah tangga mereka tidak dihebahkan kepada umum.

Walaupun lelaki yang berasal dari Ireland itu tidak menyebut sebarang nama, umum mengetahui bahawa bapa mertuanya iaitu chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan sebelum ini mengulas secara terbuka mengenai kedudukan rumah tangga anak perempuannya itu.

“Serina dan saya sendiri masih cuba untuk menyelesaikan segala-galanya dengan baik dan kami berdua mengambil kira kepentingan anak-anak.

“Amat sedih apabila saya terpaksa menulis mengenai perkara ini secara terbuka kerana hasrat saya dan juga Serina adalah untuk menjaga perkara ini sebagai isu tertutup dan peribadi.

“Saya benar-benar berharap agar ahli keluarga yang mengharapkan perkara terbaik untuk anak dan cucu mereka supaya boleh bertanya kepada Serina dan saya sendiri dan bukannya menyatakan secara terbuka kepada dunia luar,” kata O’Luanaigh menerusi kenyataan pada Isnin.

O’Luanaigh menjelaskan bahawa dia sentiasa menyokong kerjaya dan cita-cita Serina dan tahu isterinya itu tidak mahu hanya menjadi seorang suri rumah.

Tambah O’Luanaigh, dia sentiasa memastikan perbelanjaan keluarganya mencukupi dan membiarkan Serina berbelanja mengikut kemahuannya sendiri.

“Saya tidak kisah dengan semua perbelanjaan itu kerana ia adalah tugas saya untuk keluarga dan saya sedar mengenai tanggungjawab saya sebagai seorang suami untuk menyediakan semua keperluan dengan sewajarnya,” katanya.

Bagaimanapun O’Luanaigh berkata segalanya musnah apabila Serina berpindah keluar dari rumah mereka pada Januari 2016 dan memfailkan perceraian.

“Saya tidak tahu dan masih tidak faham mengapa dia meninggalkan saya kerana tidak diberitahu.

“Bagaimanapun saya berharap penyelesaian terbaik boleh dicari dan perkahwinan ini dapat dipulihkan.

“Walaupun tidak tahu ke mana dia pergi dan di mana dia tinggal, saya percaya tiada mana-mana pihak ketiga terlibat dalam isu ini kerana saya percaya dengan Serina. Saya sanggup menunggu agar dia berfikir tentang tindakannya dan keluarga kami,” katanya.

Sebelum ini Chef Wan menerusi laman Instagram miliknya mengulas secara terbuka mengenai isu perceraian Serina termasuk berhubung tanggungjawab menantunya itu.

Pasangan itu berkahwin pada Januari 2010 dan mempunyai dua orang anak.

“Anak-anak kami iaitu Tristan (enam) dan Isabella (lima) berada di rumah kami dan sejak 15 bulan lalu saya telah melakukan segala-galanya untuk menjaga mereka sebaik mungkin,” kata O’Luanaigh lagi.

Selain itu dia melahirkan harapan agar pihak media dan orang ramai supaya memberi ruang kepada keluarganya. – mStar Online

Tags: pelakonserina redzuawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd