• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Imigresen Rogol Wanita Warga Thailand

oleh Ahmad Albab
17/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Seorang pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan masing-masing merogol, melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dan mengugut seorang wanita warga Thailand, bulan lepas.

Frankie Chua Siong Kiat, 30, menghadapi pertuduhan merogol wanita itu mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan sekiranya sabit kesalahan.

Tertuduh turut menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii iaitu melakukan oral seks, dan didakwa menurut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.

Dia juga didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap wanita tersebut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Chua didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 tengah hari hingga 1.15 tengah hari di tempat dan tarikh yang sama iaitu di Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo di sini, pada 9 Mac lepas.

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membenarkan jaminan RM12,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta menetapkan 8 dan 9 Mei depan untuk mengambil keterangan mangsa juga melantik jurubahasa Thai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin manakala tertuduh diwakili peguam Rengganathan Abdullah. – BERNAMA

Tags: kes rogolpegawai imigresen
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd