• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rapid Rail Terima Anugerah Institut Jurutera Malaysia

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menerima Anugerah Institut Jurutera-jurutera Malaysia (IEM) atas sumbangannya dalam pembangunan industri kejuruteraan dan tenaga.

​​​Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata anugerah yang diterima pada Majlis Makan Malam dan Anugerah IEM ke-58 semalam, memberi suntikan semangat kepada syarikat itu dalam memacu transformasi urban rel di negara ini.

Katanya syarikat yang mengendalikan penyelenggaraan dan operasi transit aliran ringan (LRT), perkhidmatan monorel dan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) itu memiliki lebih 200 jurutera berkelayakan.

“Misi kami adalah mendapatkan lebih ramai jurutera untuk didaftarkan sebagai jurutera profesional di bawah Lembaga Jurutera Malaysia dan IEM. Kami sentiasa berusaha untuk membantu juruteknik yang bekerja dengan Rapid Rail untuk meningkatkan karier masing-masing ke tahap jurutera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rapid Rail juga merupakan pengendali operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line

(MMMSL), Makkah, yang dianggap operasi tren paling mencabar di dunia kerana perlu menggerakkan ratusan ribu jemaah haji pada satu masa, katanya.

“Anugerah tersebut diserlahkan lagi dengan keupayaan Rapid Rail dan Prasarana dalam mengendalikan operasi MMMSL di Makkah. Walaupun menggunakan sistem dan teknologi yang berbeza, staf Prasarana menjalankan tugas mereka dengan cemerlang sejak mengambil alih pada 2015,” katanya.

Zohari berkata tahun lepas yang merupakan tahun kedua operasi MMMSL oleh Prasarana, ia telah dijulang sebagai perkhidmatan terbaik dalam sejarah MMMSL sejak ia dimulakan pada 2010 dengan 98 peratus tahap kepuasan pelanggan.

Sebelum ini, Rapid Rail menerima anugerah Operator Terbaik Rel 2015 dan pelbagai anugerah inovasi lain serta kecemerlangan di peringkat nasional dan antarabangsa dalam pengangkutan urban rel.

Zohari berkata Rapid Rail mempunyai Akademi Rel yang bertauliah di bawah Program Latihan Dual Nasional Kementerian Sumber Manusia dan mengendalikan latihan untuk staf dan pegawai rel luar negara seperti Nigeria, Arab Saudi dan Indonesia. – BERNAMA

Tags: AnugerahPrasaranaRapid Rail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

17/02/2024
0

Kuala Lumpur : Prasarana Berhad (Prasarana) akan mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan RM38 juta terhadap pemilik dan pemaju hotel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd