• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Khas Samseng Jalanan: Polis Tahan 130 ‘Mat Motor’

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menahan 130 penunggang motosikal dan mengeluarkan 89 saman serta menyita 10 motosikal dalam Op Khas Samseng Jalanan di daerah ini, yang diadakan selama lima jam bermula 12 tengah malam, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata saman itu melibatkan pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai lesen memandu, mempamerkan cukai jalan tamat tempoh, menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, gagal menampal pelekat P dan L serta tiada cermin sisi.

“Pada operasi itu, polis juga menahan seorang remaja lelaki yang tidak lagi bersekolah kerana menunggang sebuah motosikal jenis Modenas Kris yang disyaki dicuri sejak beberapa bulan lalu selain menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Suspek yang berusia 17 tahun itu ditahan di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini selepas polis menjumpainya sedang menunggang dalam keadaan berbahaya kerana dipercayai menyertai aktiviti lumba haram,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdul Aziz menambah polis juga terpaksa mengejar suspek sejauh beberapa meter sebelum berjaya menahannya.

Beliau menambah suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan mengikut Seksyen 379(a) Kanun Keseksaan iaitu mencuri, yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun, denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Abdul Aziz berkata operasi itu membabitkan dua pegawai dan 19 anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Balai Polis Trafik Kuantan selain dibantu 29 Sukarelawan Polis (PVR). – BERNAMA

Tags: Op Samseng Jalananpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd