• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Akademik Dedah Agenda LGE Di Singapura

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ahli akademik negara ini mendedahkan perbuatan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memfitnah Malaysia sewaktu berkunjung ke Universiti Teknologi Nanyang, Singapura pada 10 Disember 2014.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, beliau mempunyai transkripsi lengkap ke atas rakaman dialog tertutup Guan Eng di Singapura tersebut.

“Beliau bersungguh-sungguh mempertikaikan keupayaan pemimpin kerajaan Malaysia menguruskan ekonomi serta memuji melangit keupayaan pemimpin PAP Singapura menguruskan ekonomi Singapura.

“Guan Eng ketika menjawab soalan seorang peserta turut mendakwa kerajaan Malaysia tidak pernah memberi walau satu sen kepada Pulau Pinang untuk membangunkan negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata, Guan Eng turut memberitahu Singapura bahawa kerajaan Malaysia membayar setiap pengundi RM5,000 bagi mengalahkan beliau ddalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013.

Beliau turut mendedahkan Guan Eng berkunjung ke Singapura waktu itu bagi mendapatkan persetujuan syarikat milik PAP yang sahamnya dimiliki Menteri Kewangan Singapura untuk membina Hi-Tech Park di Batu Kawan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mendedahkan DAP sebenarnya adalah parti PAP Singapura kerana DAP pada asalnya adalah PAP sebelum Singapura keluar daripada Malaysia.

DAP bagaimanapun menegaskan PAS memfitnah parti itu kerana mendakwa DAP tiada kaitan dengan parti Singapura PAP. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ahli AkademikLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Dakwa Siasatan Isu KLSCAH  ‘Double Standard’, Adakah Kerana Kementerian Dipimpin Menteri DAP?

Lim Guan Eng Dakwa Siasatan Isu KLSCAH ‘Double Standard’, Adakah Kerana Kementerian Dipimpin Menteri DAP?

26/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu pajakan tanah Dewan...

Ahli Akademik Tegur Mohamad Sabu: “Orang Melayu Berhak Perjuangkan Kepentingan Sah Bangsanya”

Ahli Akademik Tegur Mohamad Sabu: “Orang Melayu Berhak Perjuangkan Kepentingan Sah Bangsanya”

23/11/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sungguh hipokrit apabila perpaduan bangsa dicela sebagai perkauman, sedangkan kepatuhan membuta tuli kepada parti politik dipuja sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.