• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembalakan Di Kawasan Tadahan Air Ulu Muda

oleh Ahmad Albab
14/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Selepas hampir setahun pembalakan secara berleluasa di Hutan Simpan Ulu Muda yang menjejaskan kawasan tadahan air dan empangan, kini laluan lori balak kembali dikesan di kawasan itu.

Laluan yang dikesan di kawasan tadahan di hutan simpan dekat Sik, dipercayai telah digunakan pembalak sejak awal tahun ini.

Seluas lima meter, laluan tersebut sepanjang lebih 15 kilometer menuju ke bukut di sepanjang tasik Ulu Muda.

Pemeriksaan The Star pada Rabu lalu mendedahkan ratusan kayu balak diletakkan di tapak berkenaan. Terdapat juga jentera berat diletakkan di situ.

Satu papan tanda di tapak tersebut menunjukkan permit yang dikeluarkan oleh pegawai Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah di Sungai Petani kepada pemegang lesen yang membawa keluar hasil pembalakang di jalan kedua 112, 113, 114, 115, 116, 118 dan 177.

Nama kontraktor juga tertera di papan tanda tersebut. Permit sah sehingga 1 Mei, dan ia dikuatkuasakan pada 2 November tahun lalu.

Selain itu, terdapat satu lagi papan tanda yang memaparkan pemegang lesen adalah Perbadanan Menteri Besar Kedah.

Kawasan itu disenaraikan sebagai kawasan seluar 200 hektar dengan permit sah dari 3 Julai sehingga 4 Oktober tahun lalu.

Keluasan Hutan Simpan Ulu Muda adalah dari sempadan Thailand di Yala ke Baling di utara Perak, di mana ia dua kali ganda saiz Singapura.

Ia dikatakan syurga buat pecinta hidupan liar dan alam semula jadi.

Walaupun aktiviti pembalakan itu dilihat mengikut undang-undang, persoalannya adalah mengapa pembalakang dibenarkan di kawasan tadahan yang penting?

Pakar klimatologi dan pengurusan bahaya banjir, hidrologi dan sumber air Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Chan Ngai Weng berkata, kerajaan Kedah seharusnya mengazetkan kawasan itu sebagai kawasan tadahan air.

“Apabila ia dilakukan (gazet), maka tidak boleh melakukan pembalakan di situ. Kita amat bimbang tentang kesan pembalakan di kawasan tadahan.

“Air hujan tidak pergi ke dalam tanah, ia mengalir ke sungai dan kemudian ke laut.

“Pembalakan akan mendedahkan tanah. Hakisan air hutan dan hakisan permukaan akan menyebabkan mendapan ke sungai, mengakibatkan pencemaran air dan air sungai akan menjadi cetek.

“Keadaan itu akan menyebabkan kapasiti air akan berkurangan,” kata Ngai Weng sambil menambah bahawa kualiti air yang dibekalkan kepada orang ramai di kawasan sekitar turut terjejas.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Persekutuan dan negeri mengambil langkah-langkah di Hutan Simpan Ulu Muda supaya hakisan tanah, mendapan tanah dan kelodak tanah berhenti daripada mengalir ke sistem saliran dan perparitan. – mStar Online/The Star Online

Tags: KedahPembalakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd