• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Bangladesh Maut Tertimbus Tanah Di PD

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas tertimbus tanah ketika sedang melakukan kerja-kerja pembinaan saluran air di Pekan Lukut di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt. Adzli Abu Shah berkata mangsa yang dikenali sebagai Basad ketika itu sedang melakukan kerja di bawah tanah sedalam empat meter bersama seorang lagi rakan.

“Mangsa ditemui mati akibat lemas selepas tertimbus di dalam tanah hampir dua jam. Bagaimana pun rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri.

“Pasukan menyelamat diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Port Dickson dengan dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan tanah,” katanya kepada pemberita.

Adzli berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca disebabkan struktur tanah yang tidak kuat lalu menyebabkan ia runtuh.

Beliau berkata mayat mangsa di hantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut. – BERNAMA

Tags: mautWarga Bangladesh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd