• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rasuah: Pegawai Kanan Beras Kelantan Ditahan

oleh Ahmad Albab
13/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang pegawai kanan Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan sebanyak RM3,500.

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Shamsuddin Yusof berkata pegawai kanan berusia 56 tahun itu ditahan pada 3.30 petang semalam di sebuah restoran di sini.

Beliau berkata pegawai kanan itu ditahan reman enam hari mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Turut ditahan adalah tiga pegawai penguat kuasa bahagian itu yang berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan kes sama.

“Bagaimanapun, merela dibebaskan petang tadi selepas diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Keempat-empat suspek itu ditahan SPRM kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM3,500 daripada seorang pengadu sebagai dorongan untuk mengeluarkan pas memindah beras dari Kelantan ke Perak selain wang ‘salam perkenalan’. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuahpegawai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd