• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi Kayveas Mahu Jadikan Cameron Lebih Ceria

oleh
13/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terkenal dengan slogan ‘Make America Great Again’, jangan terkejut di Malaysia juga ada slogan hampir sama tetapi situasinya lebih unik.

Paling menarik, slogan ‘Make Cameron Nice Again’ yang dipopularkan Presiden myPPP, Tan Sri Dr. M. Kayveas itu kini menjadi bahan perbualan penduduk peranginan tanah tinggi di daerah terkecil di Pahang, Cameron Highlands.

Dengan keluasan 712 kilometer persegi, lebih dua kali ganda besar berbanding Kuala Lumpur; slogan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) itu nyata meraih sambutan positif daripada hampir 40,000 penduduknya.

Bagi petugas media yang pernah membuat liputan program Kayveas, slogan azam beliau tersebut bukan sekadar impian kosong malah sikap mesra bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu disenangi banyak pihak.

Tidak hairanlah bagi wartawan yang mengikuti Kayveas, mereka tidak akan pulang hampa dengan ‘tangan kosong’, sebaliknya pasti membawa berita menarik sesuai dengan karakter ceria beliau amat santai dengan sesiapa sahaja.

Uniknya bukanlah rahsia lagi pemimpin yang bakal menyambut hari lahir ke-62 tahun pada 29 April itu cuba ‘intai’ peluang menawan Parlimen Cameron Highlands yang kini dipegang bekas presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel.

Namun kesempatan kini terbuka untuk Kayveas membuat ‘come back’ untuk menjadi calon BN di kerusi Cameron Highlands susulan pelbagai perkembangan baik ditambah pula beliau memang merupakan anak jati Pahang sendiri.

Secara kebetulan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN pun berasal dari Pahang dan tentunya tidak mahu melihat kawasan tradisi milik parti pemerintah itu ‘jatuh’ mudah kepada pihak lawan.

Berpengalaman sebagai bekas Ahli Parlimen Taiping di Perak selama sepenggal, Kayveas semakin kerap muncul dalam pelbagai aktiviti di Cameron Highlands akhir-akhir ini dan ia bukan sekadar mempopularkan slogan beliau.

Tekadnya mudah iaitu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap BN susulan kemenangan tipis Palanivel pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 lalu dengan cuma dapat majoriti 462 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Ini jauh berbeza ketika PRU sebelumnya pada 2008 apabila wakil MIC yang menjadi calon BN, Datuk Seri S.K. Devamany kekal selama dua penggal di kerusi itu dengan menang majoriti besar 3,117 undi mengatasi calon DAP.

Hakikatnya, di sebalik ‘bahana’ menjelang PRU ke-14 yang diramalkan akan berlaku pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun ini, Kayveas sudah lama bergerak aktif mendekati masyarakat Cameron Highlands tanpa jemu.

Bermodalkan sebuah trak kecil yang memaparkan wajah beliau mendukung seorang bayi berlatarkan slogan ‘Make Cameron Nice Again’ yang semacam markas bergerak, penampilan Kayveas kini tidak asing di tanah tinggi itu.

Laman rasmi Facebook rasmi Kayveas juga dipenuhi segala cerita perkembangan aktiviti padat beliau di Cameron Highlands kebelakangan ini, sekali gus bukti betapa aktifnya pemimpin itu mendekati denyut nadi rakyat marhaen.

Di sebalik pelbagai isu panas membelenggu Cameron Highlands seperti aktiviti penerokaan tanah secara haram dan pendatang asing tanpa izin, misi Kayveas jelas tetap menepati imej slogannya itu sendiri. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Cameron HighlandsM. Kayveas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

06/01/2023
0

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan...

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup, Belum Selamat

17/04/2022
0

Ipoh : Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd