• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Ke-7 Mangsa Banjir Lumpur Tongod Ditemukan

oleh Ahmad Albab
13/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR)semalam menemui mayat mangsa ketujuh kejadian banjir lumpur di ladang kelapa sawit Sen Fu, Tongod di daerah Kinabatangan pada 1 April lepas.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt A. Sahak Rahmat berkata mayat budak lelaki dikenali sebagai Alan, 11, ditemukan oleh penduduk kampung di sungai Milian pada jam 2.30 petang.

Katanya, pasukan SAR terdiri anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Malaysia pergi ke lokasi penemuan mangsa pada jam 6 petang dari jeti Kampung Pinangah.

Pasukan SAR sampai di lokasi mayat ditemukan di Sungai Milian, kawasan Kampung Pingas pada jam 8.56 malam dan kembali ke jeti Pinangah pada jam 10.45 malam, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, bapa mangsa mengecam mayat anaknya itu yang kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk bedah siasat.

Penemuan mayat itu menjadikan jumlah lapan mangsa disahkan meninggal dunia manakala satu mangsa wanita, Asma, 37, masih hilang dan dua lagi selamat.

Dalam kejadian itu 11 sekeluarga dihanyutkan banjir lumpur selepas rumah kongsi didiami mereka roboh akibat tanah runtuh di kawasan itu.

Salah seorang mangsa yang terselamat, Zaleha Mandaya, 40, meninggal dunia ketika dirawat di HDOK Sandakan pada Ahad lepas akibat jangkitan kuman. – BERNAMA

Tags: Banjir LumpurSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd