• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Lulus RM1 Juta Naik Taraf PLPP Bangi

oleh Ahmad Albab
12/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan khas RM1 juta untuk menaik taraf Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi bagi menjadikannya pusat kecemerlangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang moden.

Beliau mengumumkannya ketika meluangkan masa sejam melawat PLPP itu, yang merupakan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memberikan perkhidmatan kepada OKU melalui latihan vokasional dan pemulihan perubatan.

Najib berkata peruntukan itu akan digunakan untuk membeli peralatan, mesin pemulihan dan rawatan bagi tujuan fisioterapi serta menaik taraf pusat hidroterapi PLPP itu.

“Kerajaan sentiasa berusaha mewujudkan sebuah masyarakat yang prihatin dan penyayang dan seimbang supaya setiap insan terbela termasuk golongan OKU.

“Hari ini, saya memberi kelulusan dana sebanyak RM1 juta kepada pusat ini.

Mudah-mudahan dengan peruntukan ini, PLPP akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan OKU yang lebih maju dan moden selain dapat memberi masa depan lebih bermakna kepada golongan itu,” katanya kepada pemberita.

Dalam lawatan itu, Najib yang diiringi Pengarah PLPP Ismail Arul Raj Amirudin, melawat ke bengkel prostetik dan ortotik, pusat hidroterapi, bengkel pembuatan kerusi roda serta gimnasium selain beramah mesra dengan pelajar dan pengajar.

Beliau memuji pusat itu yang menjalankan kerja-kerja dengan amat baik di mana golongan OKU diberi latihan untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan melakukan pemadanan kerja.

“Di samping itu, mereka juga mengeluarkan produk-produk seperti prostetik dan ortotik untuk dipasarkan.

Saya memberi persetujuan pusat ini dapat memasarkan produk-produk tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membolehkan mereka mendapat pendapatan selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada OKU di sini,” katanya.

Najib turut tertarik dengan produk yang dihasilkan di pusat itu termasuk kerusi roda F1.

“Kerusi roda F1 ini canggih dan reka bentuknya cukup menarik. Ini merupakan inovasi yang mereka lakukan dan mempunyai potensi untuk dipasarkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd