• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan 3 Kesan Tikaman

oleh Ahmad Albab
12/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dengan tiga kesan tikaman di bahagian tangan dan dada di tepi jalan berhampiran Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata mayat lelaki itu ditemui seorang lelaki yang mahu ke kawasan ladang sawit di situ kira-kira pukul 9 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.

“Mayat lelaki yang memakai seluar pendek warna biru serta berbaju kemeja biru muda itu ditemui dalam keadaan terlentang dan pemeriksaan awal polis menemui dua kesan tikaman di lengan kiri dan satu kesan tikaman di dada sebelah kiri mangsa.

“Setakat ini, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri bersama lelaki itu dan dipercayai mangsa merupakan warga asing berdasarkan tiada kesan suntikan imunisasi BCG,” katanya di sini.

Beliau berkata siasatan awal juga mendapati mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayat lelaki itu dibuang di lokasi kejadian kerana tiada kesan pergelutan di situ.

Nik Ros Azhan berkata pemeriksaan di lokasi kejadian juga tidak menemui sebarang senjata yang digunakan dalam kejadian berkenaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian itu dan polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat berhampiran kawasan berkenaan bagi membantu siasatan kes itu,” katanya.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk dibedah siasat.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan dan orang ramai atau majikan yang kehilangan rakan atau pekerja diminta hadir di HSJ bagi membuat pengecaman. – BERNAMA

Tags: Mayattikaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali Dipanggil Overkill: “Amarah, Dendam, Panik, Obsesi Atau Hilang Kawalan”

Tikam 61 Kali Dipanggil Overkill: “Amarah, Dendam, Panik, Obsesi Atau Hilang Kawalan”

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Dalam psikologi forensik, pembunuhan individu dengan tikaman sebanyak 61 kali dipanggil sebagai 'overkill'. Public Health Malaysia (PHM)...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd