• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Norazman Bashah Kekal Bebas Tuduhan Bunuh Isteri

oleh Ahmad Albab
12/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas, kekal bebas daripada tuduhan membunuh isterinya Nur Syaleza Jaffar, seorang eksekutif pentadbiran TV9 selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya.

Panel lima hakim, diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif membatalkan rayuan pendakwaan berikutan kegagalan pihak pendakwaan menyerahkan notis rayuan kepada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 36, buat kali ketiga.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hamzah Ismail memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan masih tidak dapat menyerahkan notis rayuan kepada Norazman Bashah pada kali ketiga kes itu disebut di Mahkamah Persekutuan.

Norazman Bashah, 36, tidak pernah hadir pada setiap kali kes itu disebut di Mahkamah Persekutuan pada 6 Disember 2016, 16 Februari 2017 dan hari ini berikutan notis rayuan gagal diserahkan kepadanya.

Notis rayuan pihak pendakwaan menghendaki responden (Norazman Bashah) dalam kes itu hadir ke mahkamah pada setiap kali kes itu disebut.

“Pihak pendakwaan tidak berjaya serahkan notis rayuan buat kali ketiga, oleh itu mahkamah batalkan rayuan pihak pendakwaan,” kata Hakim Md Raus yang bersidang bersama Hakim-hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Ramly Ali, Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

Pada 28 Mei 2015, Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Norazman Bashah daripada tuduhan membunuh isterinya di kediaman mereka di Apartmen Saujana di Damansara Damai, Petaling Jaya, antara 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.

Norazman Bashah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mayat Nur Syaleza ditemui tergantung di dalam bilik apartmen itu.

Mahkamah Rayuan pada 9 Februari 2016 mengekalkan hukuman itu selepas menolak rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Norazman Bashah. Tidak berpuas hati dengan keputusan itu pendakwaan menfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan. – BERNAMA

Tags: kes bunuhkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd