• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Lancar Buku Autobiografi Khoo Kay Kim

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini melancarkan buku autobiografi sejarawan terkemuka negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Buku memoir setebal 137 muka surat bertajuk ‘I, KKK – The Autobiography of a Historian’ memaparkan kenangan Khoo semasa membesar dalam zaman prakemerdekaan Tanah Melayu, sepanjang perjalanannya sehingga menjadi guru kesayangan dalam kalangan ramai tokoh terkemuka Malaysia.

Kisah menarik dan pahit manis beliau dalam mengharungi zaman huru-hara dan penuh mencabar dalam perjuangan membentuk sebuah negara baharu, digambarkan dengan penuh terperinci oleh pakar akademik yang dihormati ini.

Dalam ucapan baginda, Sultan Nazrin bertitah autobiografi itu memaparkan aspirasi, impian dan kepercayaan sejarawan itu dalam menghayati kisah dan peristiwa yang membawa kepada kelahiran sebuah negara baharu.

“Menerusi pengalamannya yang sentiasa dan tanpa jemu mendampingi rakyat negara ini, beliau telah dikenali sebagai ‘ensiklopedia’ sejarah Malaysia,” titah baginda.

Sultan Nazrin turut menyifatkan memoir itu sebagai ‘lagu cinta’ kerana ia menggambarkan sejarah negara dengan penuh puitis yang dikarang daripada cebisan-cebisan kehidupan.

“Tatkala kita mencapai enam dekad dalam kehidupan kita sebagai sebuah negara, adalah penting untuk mengenang kembali apa yang telah dilupai dan untuk mendukung suara-suara naratif mereka yang telah membentuk negara kita khususnya apabila ia berkait secara langsung dengan mereka,” titah baginda.

Semasa ditemui selepas pelancaran buku itu, Khoo, 80, berkata buku itu didedikasikan kepada semua rakyat Malaysia untuk mereka lebih mengenali negara, khususnya golongan muda.

“Saya nak orang muda mengenali dan berbangga dengan Malaysia. Banyak orang asing memuji Malaysia dan satu perkara yang kebanyakan rakyat tidak tahu, Tanah Melayu adalah negara terkaya dalam seluruh empayar British sebelum perang dunia kedua,” kata anak kelahiran Perak itu.

Buku autobiografi itu boleh didapati di semua kedai buku seluruh negara. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd