• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Sabah Persis Selena Gomez Dilamar Jadi Heroin

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG gadis kelahiran Sabah yang memiliki raut wajah saling tak tumpah seperti bintang antarabangsa terkenal Selena Gomez baru-baru ini telah mendapat tawaran berlakon dalam sebuah produksi terkenal tanah air.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Phanthegerow Louiselle Leo Estrop pula terletak pada rupa paras jelitanya yang sangat mirip macam Selena!

Phanegerow atau lebih senang dipanggil Phan ini berkata sejak dia menjadi viral di laman sosial, banyak tawaran kerja yang diterimanya.

Antara offer yang tak putus-putus datang ialah tawaran model iklan komersil dan produk kecantikan dan terkini dia telah disunting untuk menjadi heroin filem!

Filem sulung lakonan gadis berusia 19 tahun itu berjudul Tangisan Akinabalu, arahan pengarah terkenal, Dato Jurey Rosli di bawah terbitan rumah produksi New Line Sdn. Bhd.

Menceritakan lebih lanjut mengenai wataknya dalam filem itu nanti, Phan yang dipetik portal Rojak Daily berkata, “Saya memegang watak heroin bernama Nikki. Watak Nikki dalam filem ini ialah seorang yang berani, perwatakan kasar dan mempunyai semangat mahu menjadi seorang malim gunung.”

“Namun semangatnya untuk menjadi malim gunung ditentang hebat oleh ayahnya yang mendesak Nikki mengambil alih perniagaan ayahnya,” ujar gadis manis kacukan Kadazan-Dusun dan Belanda ini.

Walaupun memiliki rupa paras cantik seperti Selena namun faktor itu bukan menjadi tiket untuknya menempa nama secara ekspres.

Still smiling till this day because of you guys 💞 Stay update for the movie ☺️ Love you all so much ❤️ Credit to @tazsinlessciggie

A post shared by Isabella Johan 🌹 (@phanthegerow) on Nov 18, 2016 at 12:20am PST


Sebaliknya menurut Phan, dia juga perlu menghadiri proses ujibakat sebelum diterima berlakon.

“Pengarah memilih saya berdasarkan kemampuan saya berlakon. Kalau ada rezeki, memang saya nak cuba semua (cabang bidang seni), tidak terhad pada lakonan dan modelling sahaja,” ujarnya yang pernah menjuarai pertandingan Female Icon Sabah 2015. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FILEMpelakonSabahSelena Gomez
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd