• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alyah Selesa Asingkan Kerjaya Dengan Hal Peribadi

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK berkahwin empat tahun lalu, Datin Alyah dan suaminya, komposer Datuk Ramli MS jarang sekali dilihat menghadiri acara-acara besar bersama.

Malah, pasangan ini juga memang sejak awal bercinta lagi sudah selesa mengasingkan tuntutan kerjaya dengan kehidupan peribadi mereka supaya masing-masing lebih profesional dan fokus.

“Kalau event atau jemputan itu tidak melibatkan saya, saya tak akan pergi. Saya memang bukan jenis ikut suami. Bukan sebab tidak support. Tetapi rasanya Tok Ram boleh manage dirinya sendiri. Dia sudah lakukan apa yang dia buat sekarang sudah berpuluh tahun,” kata Alyah.

Namun menurut pelontar lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini, sebagai isteri beliau perlulah menyiapkan suaminya sebelum bergerak ke sesebuah acara.

Alyah Selesa Asingkan Kerjaya Dengan Hal Peribadi
Datin Alyah dan Datuk Ramli MS lebih senang memisahkan kerjaya dengan kehidupan peribadi mereka. – Sumber foto: Instagram @alyah81

“Sebelum Tok Ram keluar, kita sebagai isteri perlulah prepare apa patut. Yang penting, kami sudah belajar sejak dari awal perhubungan, kami selalu terapkan konsep ‘kerja saya, adalah hal saya’, begitu juga dengan dia,” jelasnya kepada Media Hiburan mengenai dirinya yang lebih senang bersikap low-profile tentang perkahwinannya dengan Ramli.

Sebelum ini, Alyah ada memberitahu dirinya tidak pernah merasa tertekan apabila ditanyakan soal anak.

Malah, beliau dan suami juga menyerahkannya seratus peratus kepada ketentuan Ilahi oleh kerana beberapa faktor penting yang perlu diambil kira seperti usia Alyah dan juga komitmen kerjaya mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AlyahRamli MS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

8 Tahun Hanya Alyah Sahaja Jawab Hal Rumah Tangga!

21/11/2018
0

SETELAH membuat kontroversi meninggalkan komen mengejutkan di perkongsian video Instagram milik suaminya Datuk Ramli MS, Alyah akhirnya mengaku tindakannya itu...

Tak Berani Kacau, Alyah Biar Ramli Masak Sendiri

10/06/2018
0

SYAWAL yang dinantikan pastinya bertambah meriah diraikan apabila dapat berkumpul bersama sanak-saudara dan menikmati pelbagai jenis juadah di pagi raya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd