Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Kesan Tapak Kaki Disyaki...

SETIU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang menyiasat mengenai...

Koridor Hidupan Liar Lindungi...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew optimis koridor hidupan liar...

Wan Ariff: Coolest Man...

BUKAN mudah menjadi lelaki matang. Menjadi dewasa dan tenang dalam menangani masalah. Takat...

Wang Hangus, Pelaburan Lesap...

KUANTAN - Wang hangus, pelaburan lesap. Itu nasib seorang guru yang kerugian RM45,000...

Alyah Selesa Asingkan Kerjaya Dengan Hal Peribadi

SEJAK berkahwin empat tahun lalu, Datin Alyah dan suaminya, komposer Datuk Ramli MS jarang sekali dilihat menghadiri acara-acara besar bersama.

Malah, pasangan ini juga memang sejak awal bercinta lagi sudah selesa mengasingkan tuntutan kerjaya dengan kehidupan peribadi mereka supaya masing-masing lebih profesional dan fokus.

“Kalau event atau jemputan itu tidak melibatkan saya, saya tak akan pergi. Saya memang bukan jenis ikut suami. Bukan sebab tidak support. Tetapi rasanya Tok Ram boleh manage dirinya sendiri. Dia sudah lakukan apa yang dia buat sekarang sudah berpuluh tahun,” kata Alyah.

Namun menurut pelontar lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini, sebagai isteri beliau perlulah menyiapkan suaminya sebelum bergerak ke sesebuah acara.

Alyah Selesa Asingkan Kerjaya Dengan Hal Peribadi
Datin Alyah dan Datuk Ramli MS lebih senang memisahkan kerjaya dengan kehidupan peribadi mereka. – Sumber foto: Instagram @alyah81

“Sebelum Tok Ram keluar, kita sebagai isteri perlulah prepare apa patut. Yang penting, kami sudah belajar sejak dari awal perhubungan, kami selalu terapkan konsep ‘kerja saya, adalah hal saya’, begitu juga dengan dia,” jelasnya kepada Media Hiburan mengenai dirinya yang lebih senang bersikap low-profile tentang perkahwinannya dengan Ramli.


Sebelum ini, Alyah ada memberitahu dirinya tidak pernah merasa tertekan apabila ditanyakan soal anak.

Malah, beliau dan suami juga menyerahkannya seratus peratus kepada ketentuan Ilahi oleh kerana beberapa faktor penting yang perlu diambil kira seperti usia Alyah dan juga komitmen kerjaya mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori