• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Ditengking Polis Bantuan Di Masjid

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH keluarga yang sedang berteduh di dalam masjid mendapat malu besar apabila diherdik dan ditengking seorang lelaki apabila salah seorang daripada ahli keluarga itu tidak memakai tudung.

Menerusi rakaman sebuah video yang tular di media sosial, sepasang suami isteri warga emas dimarahi seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai polis bantuan.

Video yang dimuat naik, Lisza Laressa di Facebook sejak semalam itu menjelaskan dia dan ibu bapanya ketika itu menumpang berteduh di sebuah masjid di Hospital Kuala Lumpur kerana hujan lebat.

Warga Emas Ditengking Polis Bantuan Di Masjid

Namun kerana dia tidak bertudung, dia dihalau atas alasan tidak menghormati masjid.

Dia mengakui kesalahannya yang tidak mengenakan tudung, namun Lisza terkilan kerana ibu dan bapanya juga turut terkena tempias kemarahan lelaki itu.

Lelaki tersebut seperti tidak berpuas hati dan cuba ‘menghalau’ mereka sekeluarga keluar daripada masjid walaupun jelas kelihatan ibu Lisza sedang menikmati makanan.

“Ayah akak terus menyampuk dengan berkata ‘lepas isteri saya makan ni, kami sume akan keluar, lagipun hujan lebat dan petir, saya nak berteduh kejap’,” tulisnya.

Jelasnya, tujuan mereka sekeluarga ke hospital bagi melawat adiknya yang ditempatkan di salah sebuah wad akibat kemalangan.

Perkara yang dikesalkan Lisza adalah tindakan lelaki tersebut yang memarahi ibu bapanya dan dianggap sebagai kasar untuk menegur.

Menurutnya, mereka sekeluarga berlalu pergi dalam keadaan hujan lebat selepas dibantu orang ramai yang meleraikan ‘pertelingkahan’ itu.

Video yang telah menerima lebih 861,000 tontonan itu turut menerima lebih 2,500 komen, dengan rata-rata netizen cukup marah dengan tindakan lelaki muda itu.

Kata mereka, niat mahu menegur bukan lesen untuk berkelakuan kurang ajar, apatah lagi membabitkan warga emas.

Jika benar si lelaki muda itu benar-benar mahu mempertahankan kehormatan masjid sampaikan tidak membenarkan wanita tidak bertudung menumpang teduh, dia sepatutnya terlebih dahulu mengamalkan konsep hormat-menghormati sesama manusia, yang merupakan asas dalam ajaran Islam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hospitalkuala lumpurmasjidwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan sekitar tahun 80-an, Tan Sri Shahrir Ab Samad membidas kenyataan Hannah Yeoh yang...

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

Lucut Kewarganegaraan Pihak Bantah Pembinaan Masjid – Ridhuan Tee

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak yang membantah pembinaan masjid di hadapan hadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) di sini wajar dilucut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd