• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dulu Kerja Kilang, Kini Nepal Ini Raih RM26K Sebulan

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK dinafikan, jika berada di Kuala Lumpur ataupun di bandar-bandar utama khususnya ketika musim perayaan, pasti terserempak dengan sekumpulan pekerja asing yang bersiar-siar.

Malah, pengangkutan awam rel seperti LRT dan Komuter KTM pun semakin dipenuhi dengan golongan ini.

Namun pernahkah anda terfikir berapakah pendapatan bulanan golongan pendatang asing ini?

Menerusi laman sosial, seorang pengguna Facebook, Izzat Ismail berkongsikan pengalamannya mengenali seorang lelaki yang dikenali sebagai Suren.

Menurut Izzat, Suren yang berasal dari Nepal dan baru berusia 25 tahun ini sudah meraih pendapatan sehingga RM26,000 sebulan!

Ikuti kisah yang bakal membuatkan anda ‘tergamam’ seketika mengenangkan bagaimana seorang pendatang asing ini yang cuma bekerja sebagai ‘kuli kilang’ pada mulanya, sehingga berjaya menjadi peniaga berjaya di bumi Malaysia.

Kisah Suren, si Nepal berumur 25 tahun yang hidup di Malaysia dengan pendapatan RM26,000 sebulan.

Malam tadi jam 10.30 den pergi ke rumah sewa lama untuk selesaikan beberapa barang yang masih tertinggal.

Rupa-rupanya rumah tersebut sekarang disewa oleh Suren bersama abang dan kakak iparnya.

Disebabkan den rakyat malaysia yang berhemah dan berjiwa mulia, den mulalah berbual dengan Suren, asal usul, kerja lama, kerja sekarang, apa bikin, kehidupan di Nepal, gunung Everest, pemimpin korupsi di Nepal, polis makan rasuah dan banyak lagi.

Yang paling den terkejut beruk, bila Suren cerita pekerjaan sekarang dan jumlah pendapatannya.

Dari jam 10.30 malam, kami berbual hingga jarum menginjak 12.20 tengah malam. Dah macam jejak kasih jumpa saudara yang lama terpisah.

Kisahnya begini, 2 tahun lepas Suren ni cuma “general worker” di sebuah kilang di Rawang. Namun, dia nampak potensi perniagaan apabila dia lihat ramai orang Nepal di sini.

Suren mula buka bisnes kedai makan, khas untuk orang Nepal. Modus operandi Suren cukup bijak, dia menawarkan pada pekerja Nepal yang ada di Rawang pakej bulanan berharga RM220 untuk makan 2 kali sehari selama satu bulan. Sehari jatuhnya lebih kurang RM7.30 beserta khidmat “free delivery”.

Jika pelanggan yang tidak mahu pakej bulanan, atau pelanggan yang “walk in”, harga makanan akan jauh lebih mahal mencecah RM11. Jadi, kebanyakan pelanggan lebih berminat dengan pakej bayaran bulanan RM220/bulan.

Sekarang Suren sudah ada pelanggan tetap Nepal yang mengambil pakej bulanan seramai 120 orang. 

120 orang X RM220 = RM26,400

Ini pendapatan kasar minima Suren, tidak dicampur dengan pelanggan yang “walk in”.

Dia boleh menggaji 6 orang pekerja. Kakak iparnya sebagai “cashier”, abangnya sebagai “supervisor”, dua orang Nepal menguruskan “food packaging”, dan dua orang lagi Nepal sebagai “chef”, teringat den pada Kame Daud.

Jadual hidup Suren :

5.00 am – bangun dan pergi ke kedai
7.00 am – mulakan “delivery pertama”
10.00 am – Suren pulang ke rumah untuk rehat dan tidur sampai jam 4.00 pm
5.00 pm – selepas mandi (kalau dia mandi la), Suren pergi semula ke kedai
6.00 pm – “delivery kedua”
10.30 pm – balik rumah tidur

Kagum den dengan Suren, boleh menyewa sebuah kedai daripada orang Melayu, boleh menggaji 6 orang pekerja, dan yang hebatnya, berjaya membeli sebuah kereta Proton Waja RM8,000 secara tunai.

Ujar Suren, hei kawan, kirja dengan worang (makan gaji), hujung bulan ngam ngam bilanja duiy habis. Miniaga bulih untung la. Dah macam Encik Azizan Osman den dengar Suren cakap. Haha.

Itulah kisah Suren, jejaka Nepal yang bijak mengambil peluang. Asalnya di Nepal cuma bekerja kampung, datang ke Malaysia sebagai pekerja kilang, dan sekarang sudah bergelar pengusaha kedai makan.

Apa lagi alasan kita sebagai rakyat di bumi bertuah ini. Marilah berusaha memerah keringat.

Suren yang belakang, den yang depan. Korang jangan tersalah pula, muka memang lebih kurang. Nanti den nak periksa salasilah keturunan, mungkin nenek moyang den asalnya Nepal. Jubake.

Disclaimer : ketiak Suren tak busuk, musykil juga den. – MYNEWSHUB.CC

Tags: GajiNEPALpekerja asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd