• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Che Ta: Tak Perlu Diperbesar Isu Keluar Ketika Berpantang

oleh Ahmad Albab
10/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Rozita Che Wan menyifatkan pemergiannya ke Johor Premium Outlets (JPO) di Johor baru-baru ini walaupun belum tamat tempoh berpantang (selepas bersalin) tidak perlu diperbesar-besarkan.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta, 41, berkata, dia mempunyai cara tersendiri dalam penjagaan diri apatah lagi tidak pernah membuat sebarang kenyataan berpantang enggan keluar rumah.

“Setakat ini saya tidak pernah pun memberi kenyataan berpantang untuk tidak keluar rumah. Sebaliknya hanya berpantang daripada segi penjagaan makanan dan dalaman badan.

“Jadi tak perlu nak persoalkan kenapa saya ke sana. Saya ‘pantang orang ajak’ adalah.. hahaha,” katanya dengan nada gurau ketika dihubungi mstar Online pada Ahad.

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Rozita dilihat sedang membeli belah bersama suami, Zain Saidin dan anaknya, Aaisyah Dhia Rana di JPO beberapa minggu lalu.

Rozita baru saja melahirkan anak perempuan sulungnya pada 1 November lalu.
Kehadiran Rozita yang memakai skirt pendek dan stokin panjang di pusat beli belah berkenaan menjadi persoalan memandangkan aktres tersebut masih lagi dalam tempoh berpantang sejak melahirkan anak perempuan sulungnya itu pada 1 November 2014.

Sementara itu, Rozita berasa terkejut apabila kehadirannya ke JPO menjadi bualan ramai, sedangkan perkara itu adalah normal bagi sesetengah golongan wanita.

“Sebenarnya, kalau nak diikutkan saya nak duduk dalam kereta sahaja. Tetapi memandangkan suami, anak-anak dan ibu keluar, maka saya pun ikut sekali. Tak mahulah duduk seorang diri dalam kereta.

“Tetapi lain pula jadinya apabila orang mula bercakap tentang kami. Mula-mula kata suami saya sombong kerana tidak mahu ambil gambar. Lepas itu kata saya langgar pantang pula. Macam-macam..,” ujarnya.

Mengikut adat Melayu, seseorang ibu yang bersalin akan menjalani rutin berpantang selama 40 hingga 44 hari bagi mempercepatkan proses pemulihan mengembalikan kesihatan rohani, mental dan bentuk badan. – mStar Online

Tags: ArtisRozita Che Wan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd