• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tetap Bentang Usul ‘Kecam’ Shabudin Pada Sidang DUN

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang tetap akan membentangkan usul bagi ‘mengecam’ ucapan Datuk Shabudin Yahaya berhubung isu perkahwinan perogol dengan mangsa di Dewan Rakyat baru-baru ini pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata usul itu bukan bertujuan mahu membalas dendam terhadap anggota Parlimen Tasek Gelugor itu, sebaliknya ia adalah demi kepentingan rakyat kerana kenyataan itu telah menimbulkan reaksi negatif masyarakat.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini, hari ini bagi mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman semalam yang menyifatkan ia untuk ‘membalas dendam’ susulan pendedahan Shabudin di Parlimen tahun lalu mengenai pembelian hartanah di bawah harga pasaran oleh Lim.

Sehubungan itu, Zainal Abidin berkata UMNO Pulau Pinang telah memutuskan dan meminta Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid membawa usul bagi mendesak peletakan jawatan Lim sebagai ketua menteri pada sidang DUN dijadual bermula 19 Mei.

Kenyataan Shabudin itu pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 di Dewan Rakyat, 4 April lalu telah tular di media sosial serta menerima kritikan pelbagai pihak.

Berhubung cadangan UMNO Pulau Pinang untuk mengemukakan usul supaya beliau meletakkan jawatan, Lim berkata, tiada masalah dan beliau menyerahkan kepada speaker DUN untuk membuat keputusan. – BERNAMA

Tags: DAPDUNLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd