• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Didakwa Kerana Tukar Harga Barangan Bayi

oleh Ahmad Albab
11/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Akibat menukar tanda harga barangan bayi di sebuah pasar raya di sini, sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini.

Bagaimanapun, Saddam Abdullah, 57, dan Siti Aishah Abdullah, 56, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Salwa Ja’afar.

Kedua-dua tertuduh didakwa menipu juruwang Nur Ayuni Hisamuddin, 22, dengan menukar tanda harga pada barang tilam bayi jenama C-Cbhaus Pe Fold daripada harga RM233 kepada harga RM26.90, dengan itu telah menyebabkan juruwang tersebut mempercayai dan menerima bayaran daripada tertuduh.

Pasangan suami isteri itu telah melakukan kesalahan itu di pasar raya Aeon Big Falim, di sini kira-kira 11.17 pagi pada 7 April lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh diwakili peguam Raja Mohd Iskandar Zulkharnian Raja Abdul Malek.

Terdahulu, Raja Mohd Iskandar memohon mahkamah mengenakan jaminan yang minimum bagi kedua-dua tertuduh.

“Ini kerana kedua-dua tertuduh tidak bekerja dan masing-masing menghidap penyakit diabetis dan kemurungan,” katanya.

Majistret Siti Salwa membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 bagi setiap seorang dengan seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan 3 Mei depan untuk sebutan semula. – BERNAMA

Tags: kes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd