• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

87 Kemalangan Maut Direkod Di Sarawak Dari Januari-Mac

oleh AK-47
10/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tempoh tiga bulan pertama tahun 2017 menyaksikan 4,339 kemalangan jalan raya direkodkan di Sarawak yang mengakibatkan 87 orang maut, peningkatan ketara berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata ini di sebalik penurunan 349 kes kemalangan berbanding 4,688 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata terdapat 87 kematian akibat kemalangan jalan raya dalam tiga bulan pertama tahun ini berbanding 10 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.

Mazlan memberi butiran itu ketika berucap sebelum menerima 32 unit motosikal Kawasaki Ninja EX 250L daripada Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mahamad Akhir Darus di padang kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Katanya motosikal itu akan diagihkan, berdasarkan keutamaan keperluan, di kalangan 28 daerah polis di Sarawak, terutamanya bagi rondaan lalu lintas dan cegah jenayah.

Mazlan berkata polis negeri tidak lagi akan mengeluarkan amaran kepada mereka yang memuat naik maklumat sensitif, berbaur fitnah atau penghinaan terhadap pihak lain dalam media sosial.

“Sekarang adalah masa untuk kami bertindak. Kami akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan media sosial dan sengaja mahu kami mengambil tindakan.

“Kami akan mencadangkan kepada pihak tertinggi supaya mereka ini didakwa di mahkamah. Kami mahu melindungi dan mengekalkan keamanan dan keharmonian sedia ada,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mazlan Mansorkemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd