• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Mengaku Tak Bersalah Rempuh Pejalan Kaki

oleh Ahmad Albab
10/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang penunggang motosikal yang merempuh seorang wanita yang melintas jalan di Jalan Burma di sini, Khamis lepas, dihadapkan di Mahkamah Khas Trafik di sini hari ini.

Tertuduh, Nazri Che Lah, 44, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menunggang secara melulu hingga menyebabkan kematian selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.

Dia, yang menunggang motosikal dengan nombor pendaftaran PMX 7454, didakwa melakukan perbuatan itu sehingga menyebabkan kematian Foo Swee Wah, 58, di Jalan Burma, kira-kira pukul 10.30 pagi, 6 April lepas.

Tertuduh, seorang kru kapal, dituduh di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fatin Hussin menawarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan memohon lesen kenderaan tertuduh digantung.

Namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan tidak mampu membayar wang jaminan yang banyak kerana bekerja sebagai kru kapal dan mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan lesen tertuduh digantung serta menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen dan lantikan peguam.

Sebelum ini, kejadian itu tular di media sosial selepas kamera ‘dashcam’ yang merakam kejadian itu menunjukkan penunggang motosikal melarikan diri selepas melanggar seorang wanita yang ketika itu sedang melintas di laluan melintas pejalan kaki yang disediakan di kawasan berkenaan.

Wanita itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di zon merah wad kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 8.45 malam, pada hari yang sama.

Polis kemudian menahan penunggang motosikal itu semasa mendapatkan rawatan di HPP keesokan hari akibat cedera dalam kejadian itu. – BERNAMA

Tags: rempuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Remaja Maut Motosikal Ditunggang Dirempuh Pikap

Remaja Maut Motosikal Ditunggang Dirempuh Pikap

02/03/2025
0

BACHOK: Seorang remaja maut dalam kemalangan membabitkan pikap dan motosikal di Jalan Kampung Teluk-Kemudi di hadapan Pejabat Tanah dan Jajahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd