• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: PAS Sasar Tanding Di 80 Kerusi Parlimen

oleh Ahmad Albab
09/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 dan tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi tradisi DAP dan PKR.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad bagaimanapun berkata angka dan kawasan baharu belum dimuktamadkan dan perincian itu masih dibuat oleh jentera pilihan raya sebelum keputusan dimuktamadkan oleh PAS pusat.

Beliau berkata Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mensasarkan sembilan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan yang akan ditandingi iaitu Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.

Yang lain ialah Setiawangsa, Lembah Pantai, Batu dan Segambut, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nor Mohamad dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Khairil Nizam Khirudin.

Menurut Idris, kerusi Parlimen Segambut dan Batu masih dikaji untuk ditandingi oleh PAS.

Pada PRU13 lalu, PAS kalah hanya memperoleh 21 daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya.

Manakala bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, PAS memenangi 85 daripada 237 kerusi yang ditandingi.

Dalam perkembangan lain, Idris menyelar pemimpin DAP dan PAN yang memahami matlamat sebenar Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 1965 (RUU355) tetapi memberikan gambaran negatif mengenainya.

“Undang-undang ini tidak membabitkan orang bukan Islam seperti mana kewajipan berpuasa yang hanya melibatkan orang Islam pada bulan Ramadan.

“Gambaran tidak betul itu memberikan anggapan buruk dan PAS dilabelkan sebagai Taliban,” katanya. – BERNAMA

Tags: PASPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd