• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Jangkitan Baharu H5N1 Dikesan

oleh Ahmad Albab
08/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada lokasi baharu disahkan positif penyakit selesema burung (H5N1) di Kelantan sejak 10 hari lepas, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

JPV dalam kenyataan berkata sehingga kini, 36 kawasan disahkan positif wabak itu melibatkan enam jajahan iaitu Kota Bharu di 15 lokasi, Pasir Mas (enam), Tumpat (lima), Bachok (enam), Pasir Puteh (tiga) dan Tanah Merah (satu).

“Operasi pelupusan telah selesai dijalankan di 36 lokasi berkenaan. Secara keseluruhan, sebanyak 56,953 ternakan unggas dan 17,531 biji telur dimusnahkan serta 3,792 sampel diambil daripada 647 pemilik ternakan unggas,” kata kenyataan itu.

Melalui operasi sekatan jalan raya, sebanyak 5,415 kenderaan telah diperiksa dengan 30 kes rampasan dibuat melibatkan 165 ekor unggas.

Setakat ini tiada jangkitan H5N1 dikesan dalam kalangan manusia, kata JPV.

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan H5N1 sebagai bencana negeri pada 15 Mac lepas selepas beberapa ekor ayam kampung mati akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac lepas.

Menurut JPV, negeri lain kekal bebas wabak itu, namun berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi. – BERNAMA

Tags: H5N1Kelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd