• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bercinta Ala Tradisional, Edlin AF2 Sah Bergelar Isteri

oleh AK-47
08/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHNIAH diucapkan kepada bekas Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Edlin Abdul Rahim, yang kini telah pun selamat bergelar isteri kepada Nik Shahril Nik Ibrahim, kira-kira jam 9.10 malam tadi.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Abdul Rahim Osman, dengan disaksikan Penolong Daftar Nikah, Masjid As-Syakirin, KLCC, Ustaz Mohd Radhi Abdul Ghani dengan dua kali lafaz di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, Edlin, 33, menerima RM300 wang hantaran, lima dulung hantaran berbalas tujuh kepada pihak pengantin lelaki. Sementara, wang hantaran dirahsiakan.

Bercinta Ala Tradisional, Edlin AF2 Sah Bergelar Isteri

Bercerita mengenai perkenalan suaminya, Edlin memberitahu mereka sudah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun, pun begitu hubungan itu bersifat tradisional.

Ini kerana menurutnya, mereka tidak pernah bergayut di telefon atau keluar bersama ke sana sini seperti pasangan bercinta lain.

“Boleh dikatakan, kami sudah lama saling mengenali, tetapi perhubungan hanya bertukar serius kira-kira dua tahun lalu. Kami juga tidak bertunang, sebaliknya hanya majlis merisik dilangsungkan pada Mei tahun lalu

“Saya sendiri tidak berani hendak bertunang lama-lama kerana pelbagai dugaan boleh berlaku. Majlis merisik itu pun sebenarnya sudah seperti acara bertunang kerana keluarga pihak lelaki turut membawa cincin tanda.

“Alhamdulillah, akhirnya jodoh kuat menyatukan kami. Semoga fasa baharu ini akan kami lalui sebaik mungkin.

“Boleh dikatakan, sepanjang perkenalan, hubungan kami bersifat tradisional. Kami tidak pernah bergayut di telefon mahupun keluar ke sana-sini bersama. Bahkan, kami memang jarang berjumpa.

“Mungkin kami hanya akan ‘bercinta’ selepas berkahwin nanti. Hingga kini, saya rasakan cara kami itu nampak lebih ‘sweet’ dan istimewa,” katanya kepada BH Online.

Edlin kini bekerja di syarikat teknologi maklumat milik bapanya selepas tidak aktif dalam industri seni. Manakala, Nik Shahril, 44, pula bekerja sebagai ketua logistik sebuah syarikat terkenal.

Pasangan ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di hotel yang sama, hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AFedlin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Baju Tak Sesuai, Rosma Teruk Kena Hentam

07/09/2017
0

BEKAS peserta Akedemi Fantasia 1 (AF1), Rosma teruk dihentam oleh para peminat ekoran gambar ketika menghadiri konsert AF Megastar pada...

Fitri Zainal AF2 Sah Bergelar Suami Nurul Nadia

16/09/2016
0

MESKIPUN namanya tidak segah bekas bintang-bintang Akademi Fantasia (AF) lain yang menghiasi industri hiburan tanah air, namun Fitri Zainal mencipta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd