• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baju Tak Sesuai, Rosma Teruk Kena Hentam

oleh
07/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS peserta Akedemi Fantasia 1 (AF1), Rosma teruk dihentam oleh para peminat ekoran gambar ketika menghadiri konsert AF Megastar pada Sabtu lalu dilihat tidak sesuai dengan imej bertudung.

Ramai yang beranggapan sebagai wanita yang berhijab, dia tidak sepatutnya muncul dengan pemakaian yang menampakkan susuk tubuh badan dan bertudung pendek yang jelas tidak menutupi bahagian dada.

Bagaimanapun, Rosma tidak berasa kecil hati sama sekali dengan teguran pedas itu tetapi berterima kasih kepada mereka yang memberi teguran tersebut.

Opening AF Mega Star 2017 🌟#KhaiRosma #AFMegaStar

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on Sep 3, 2017 at 6:14am PDT

Dia menganggap teguran itu sebagai niat baik para peminat untuk mengubahnya ke arah yang lebih baik.

“Saya terima teguran diberikan kepada saya kerana itu tanda orang sayang pada kita.

“Mereka sebenarnya berniat baik dan tidak mahu melihat saya melakukan perkara buruk yang pada akhirnya merugikan saya.

“Saya langsung tak berkecil hati malah gembira ada orang menegur kerana sebagai manusia biasa saya pun kadang-kadang tak perasan kesalahan yang dilakukan,” katanya dilaporkan mStar Online.

Rosma berkata selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pemakaian agar perkara seperti ini tidak lagi berulang pada masa akan datang.

Dalam pada itu ditanya tentang penglibatan dalam program AF Megastar, Rosma memberitahu target dia menyertai adalah untuk memberi persembahan yang mampu menarik hati peminatnya.

Tetapi, dia tidak meletakkan apa-apa harapan yang tinggi dan hanya berserah pada rezeki.

“Alhamdulillah setakat ini persiapan menjelang konsert sedang dibuat dan saya tidak mahu terlalu fikir banyak.

“Paling penting saya dapat buat persembahan dengan baik untuk peminat dan selebihnya menyerahkan kepada rezeki,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: AFAkademi Fantasia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Peserta AF 2016 Maut Dirempuh Lori

04/04/2018
0

TAKZIAH... Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) 2016 maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan dan bertembung sebuah...

Tahniah! Hafiz Suip Kini Sudah Bergelar Bapa

31/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Mohd. Hafiz Mohd. Suip kini bergelar bapa selepas menyambut bayi lelaki pertama yang selamat dilahirkan isterinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd