MANILA – Satu kebakaran yang melanda kawasan padat dengan penduduk di Shantytown, Manila memusnahkan ribuan rumah dan menyebabkan seorang maut.
Kebakaran pada pukul 4.30 petang, Rabu itu marak dengan cepat ekoran angin kencang.
Sebanyak 600 buah rumah musnah dengan cepat memandangkan struktur binaan rumah di kawasan berkenaan terdiri daripada bahan mudah terbakar.
Menurut penguasa pasukan bomba Robert Pacis, kebakaran selama empat jam itu dipercayai berpunca daripada perbuatan kanak-kanak bermain mancis.
Mangsa terlibat akan ditempatkan di tempat perlindungan sementara sehingga kediaman baharu dibina semula.
Setakat ini, mangsa telah diberikan bantuan barang keperluan seperti makanan dan pakaian oleh kerajaan tempatan.
Kebakaran di kawasan padat dengan penduduk di Filipina merupakan perkara biasa.
Pada Februari kebakaran di Shantytown Manila menyebabkan lebih 15,000 orang kehilangan tempat tinggal manakala pada Januari di Navotas seramai 1,200 keluarga terjejas. – BERNAMA

