• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Ragut: 2 Lelaki Berputih Mata Dicekup

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua lelaki berputih mata apabila dicekup sejurus melakukan jenayah ragut di Taman Sentosa, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kedua-dua suspek berusia 20 dan 23 tahun itu ditahan pasukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang kebetulan meronda di kawasan berkenaan pada 11.20 pagi.

“Pasukan berkenaan melihat seorang lelaki meragut seorang wanita di hadapan sebuah deretan kedai sebelum mengejar lelaki tersebut yang melarikan diri ke arah rakannya yang sedang menunggu di tepi jalan.

“Kedua-duanya berjaya ditahan pada jarak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian dan polis turut merampas sebuah beg tangan milik mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kedua-dua suspek masing-masing bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran makanan segera di Singapura dan kedai makan di Gelang Patah, di sini manakala mangsa pula ialah warga China berusia 47 tahun dan bekerja di sebuah pusat kecantikan di Taman Sentosa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes ragutpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd