• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bookie Direman Atur Perlawanan Liga Perdana

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang bookie ditahan reman selama enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung rasuah menentukan keputusan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan MISC-MIFA dalam kancah Liga Perdana 2017.

Perintah reman sehingga 12 April terhadap lelaki yang bekerja di sebuah kedai besi buruk itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Lelaki berusia 49 tahun itu, yang ditahan kira-kira pukul 5.30 petang di sekitar ibu negara semalam, dikatakan menawarkan sejumlah wang dengan nilai ribuan ringgit kepada pemain kelab MISC-MIFA untuk menentukan perlawanan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang membawa kepada hukuman denda lima kali ganda nilai suapan dan penjara maksimum 20 tahun.

Semalam, mahkamah sama turut membenarkan tahanan reman tujuh hari terhadap tiga pemain kelab itu termasuk seorang pemain import kerana dipercayai mengambil rasuah daripada bookie.

Menurut sumber SPRM, siasatan awal mendapati suspek menerima wang rasuah antara RM10,000 hingga RM30,000 daripada bookie untuk menentukan keputusan perlawanan. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd