• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liyana Jasmay Nyanyi Semula Lagu KRU

oleh Ahmad Albab
07/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Peluang menyanyikan semula lagu daripada trio legenda KRU pastinya tidak akan disia-siakan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay.

Menurut Liyana, 29, karya yang akan digubah semula secara remix itu akan dijadikan lagu tema filem Bella & Jamie yang akan dilancarkan pada Oktober depan.

“Saya akan berkolaborasi dengan KRU di mana Edry Abdul Halim akan remix sebuah lagu untuk saya.

“Saya akan nyanyikan salah satu daripada lagu popular mereka. Yang pastinya ia adalah lagu nyanyian mereka sendiri,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun Liyana enggan mendedahkan tajuk lagu berkenaan kerana mahu menjadikan ia sebagai kejutan kepada para peminatnya.

Liyana Jasmay Nyanyi Semula Lagu KRU
Liyana bakal melancarkan single terbaharu berjudul Rasa Begitu selepas Aidilfitri.

Tambah Liyana yang turut membintangai filem Bella & Jamie, dia tidak mahu mengambil masa terlalu panjang untuk tampil dengan lagu baharu seperti kebanyakkan penyanyi lain.

“Walaupun dua single saya sebelum ini baharu sahaja dilancarkan dan masih di peringkat promosi, saya tetap mahu rakam lagi lagu baru.

“Saya sedar di Malaysia pendengar masih belum biasa apabila seseorang penyanyi tampil dengan banyak single, tapi saya nak tukar cara itu.

“Saya tak suka hanya satu lagu, saya mahu beri lebih daripada itu,” katanya.

Ibu kepada dua anak ini baharu sahaja melancarkan dua single berjudul Oh Na Na dan Selesa Tanpamu pada Oktober tahun lalu.

Jelas Liyana yang kini kembali ke layar perak menerusi filem Sindiket arahan Bade Azmi, dia juga bakal melancarkan satu lagi single berjudul Rasa Begitu selepas sambutan Aidilfitri Julai depan.

Sementara itu berkongsi perkembangan perniagaan fesyen yang diceburinya menerusi label Mermaid Luxe, Liyana berkata dia akan melancarkan koleksi istimewa sempena hari raya dengan kolaborasi portal beli-belah Zalora. – mStar Online

Tags: liyana jasmaypelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd