• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aunty Viral Dilanggar Motosikal Meninggal Dunia

oleh AK-47
08/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WANITA berusia 58 tahun yang dirakam dilanggar lari seorang penunggang motosikal ketika cuba melintas jalan, disahkan telah meninggal dunia, kira-kira jam 8.45 malam tadi.

Mangsa, Foo Swee Wah menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang dirawat di zon merah wad kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP), lapor Harian Metro.

Baca: Video: Cabut Lari Lepas Langgar Aunty Lintas Jalan

Dalam kejadian tengah hari semalam, mangsa dilaporkan dilanggar seorang penunggang motosikal jenis Honda RS150 ketika sedang melintas di Jalan Burma, Georgetown.

Akibat rempuhan itu, mangsa dilaporkan cedera parah setelah tercampak dan tersembam di atas jalan raya.

Sementara itu, penunggang terbabit dilihat tidak memberhentikan motosikalanya sebaliknya melarikan diri selepas merempuh mangsa.

Insiden yang menimpa mangsa secara kebetulan turut dirakam menerusi kamera dashboard sebuah kenderaan sebelum menjadi tular di laman sosial.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid meminta penunggang motosikal terbabit menyerah diri sebelum pihak polis mengesan dan menahannya.

Kes disiasat menurut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Jalan Rayameninggal duniapejalan kaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik 'disekolahkan' secara depan-depan oleh calon Barisan Nasional (BN) berhubung perbezaan...

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd