• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pistol Bekas Pegawai Polis Yang Hilang Berjaya Ditemui Semula

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kehilangan kereta dan pistolnya semalam, polis hari ini berjaya menemui semula kereta Volvo S80 bersama pistol jenis Smith & Wesson milik bekas pegawai tinggi Bukit Aman.

Barangan milik bekas Timbalan Pengarah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Ramli Karim dilarikan penjenayah di depan kediaman anaknya di Damansara Kim, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, hasil maklumat dan risikan Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, berjaya menemui kembali kereta, senjata api dan telefon bimbit milik Ramli yang dilarikan.

“Hasil siasatan mendapati kereta mangsa ditinggalkan di hadapan rumah di Seksyen 5, dalam keadaan pintu tidak berkunci dan kunci ditinggalkan tergantung di suis kereta kira-kira 10 malam.

“Senjata api milik mangsa bersama 26 peluru turut ditemui di bawah tempat duduk pemandu,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.20 pagi, Ramli yang berusia 68 tahun singgah ke rumah anaknya untuk membawa cucunya ke kelab golf sebelum dihampiri empat lelaki yang menunggang dua motosikal.

Seorang daripada suspek masuk ke dalam kereta mangsa yang sebelum itu ditinggalkan dengan enjinnya masih hidup.

Ramli yang cuba untuk mendapatkan kembali keretanya ditolak suspek yang kemuidan melarikan diri bersama tiga lagi rakannya. – MYNEWSHUB.CC

VIDEO SAMPINGAN - PISTOL SMITH & WESSON MAGNUM 

Tags: Jenayahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd