• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peranan Kementerian Pendidikan Kini Lebih Penting

oleh Ahmad Albab
07/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Peranan warga Kementerian Pendidikan semakin penting berikutan penekanan terhadap pendidikan, yang menjadi perkara utama pada masa kini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata amanah dan tanggungjawab besar harus digalas dengan baik oleh warga kementerian untuk terus memartabatkan sistem pendidikan negara termasuk melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

“Kalau dikira bilangan pegawai, termasuk semua kakitangan dan guru serta keluarga, pastinya jumlahnya lebih daripada sejuta manusia yang terlibat, menunjukkan Kementerian Pendidikan ini kementerian yang begitu penting,” katanya ketika melancarkan Hari Keluarga Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Beliau berkata antara perkembangan bidang pendidikan yang menjadi perhatian adalah mengenai pengajaran Bahasa Mandarin, yang dibincangkannya bersama pemimpin-pemimpin China semasa lawatannya ke negara itu baru-baru ini, selari dengan suara yang menuntut anak-anak diberi peluang mempelajari bahasa ketiga.

Menurutnya kerajaan China bersetuju membantu Malaysia menyediakan tenaga pendidik mahir dalam Bahasa Mandarin untuk ditempatkan di sekolah-sekolah bagi membantu guru Bahasa Mandarin yang telah dilantik dan akan dilantik pada masa akan datang. ‎

“Inilah tujuannya untuk memperkayakan bahasa selain daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita sebagaimana yang telah juga disuarakan dalam kita merangka pelan pembangunan pendidikan,” kata Muhyiddin.

Pada masa yang sama, katanya, program pengantarabangsaan Bahasa Melayu yang turut dilancarkan beliau di negara itu diharap berjaya memperkembangkan bahasa kebangsaan itu di China.

“Di negara China ada lapan buah universiti yang sudah pun memulakan program pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu misalnya,” kata beliau.

Pada Hari Keluarga itu, Muhyiddin turut menyertai acara senam robik dan sukaneka bersama warga kementerian.

Hadir sama isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh serta Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan dan Datuk Mary Yap Kain Ching. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pusat latihan baharu kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi antara pusat latihan bola sepak...

“Bila Kita Jaga Adab, Kita Menjaga Kesihatan Masyarakat” – Public Health Malaysia

“Bila Kita Jaga Adab, Kita Menjaga Kesihatan Masyarakat” – Public Health Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di media sosial berkata, Rukun Negara yang sering dibaca dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd