• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFC: JDT Kecundang Di Manila

oleh AK-47
06/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal mengekalkan rentak kemenangan dalam saingan Piala AFC musim ini, apabila tewas 2-3 kepada wakil dari Filipina, Global FC malam ini.

Kekalahan sulung itu juga menyebabkan skuad kendalian Benjamin Mora, gagal muncul pasukan pertama menempah slot ke peringkat kalah mati pada kejohanan berkenaan.

Pada aksi Kumpulan F di Stadium Memorial Rizal, Manila itu, pasukan tuan rumah bermula garang apabila mendahului 3-0 pada separuh masa pertama, bagi menebus kekecewaan dibelasah 4-0 di Larkin, pada aksi pusingan pertama, 14 Mac lepas.

Skuad kendalian jurulatih dari Jepun, Toshiaki Imai, itu membuka jaringan menerusi Dennis Villanueva pada minit ke-26, sebelum Shu Sasaki menggandakan kedudukan pada minit ke-32, diikuti jaringan Amani Aguinaldo dua minit kemudian.

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Selatan bangkit menerusi dua jaringan pemain import dari Argentina, Gabriel Guerra pada minit ke-47 dan 82, namun terpaksa akur dengan keputusan berpihak kepada pasukan tuan rumah.

Kemenangan itu juga membantu Global FC melonjak ke tangga teratas Kumpulan F dengan sembilan mata selepas empat perlawanan, manakala JDT menduduki tangga kedua dengan tujuh mata, diikuti Beoungket Angkor FC (4 mata) dan Magwe FC (2 mata).

Pada satu lagi aksi Kumpulan F, wakil dari Myanmar, Magwe FC seri 1-1 menentang pasukan dari Kemboja, Beoungket Angkor FC di Yangon.

JDT akan berkunjung ke Phnom Penh untuk bertemu Beoungket Angkor FC pada 19 April ini, sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan menentang Magwe FC di Larkin pada 3 Mei. – BERNAMA

Tags: bolasepakJDTPiala AFC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal mencipta satu lagi detik bersejarah apabila dijadual menentang kelab...

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pusat latihan baharu kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi antara pusat latihan bola sepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd