• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

P.Pinang Digesa Bentang Dokumen Projek Tambak Laut

oleh AK-47
05/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP digesa supaya mengeluarkan dokumen mengenai projek tambakan laut di Persiaran Gurney kerana ia adalah milik rakyat Pulau Pinang.

Naib pengerusi Gerakan negeri, Lee Boon Ten berkata kerajaan negeri juga perlu mengubah status dan kontrak kerja penambakan laut berkenaan agar ia boleh didedahkan kepada orang ramai.

Katanya, setelah memberi angka yang tidak konsisten mengenai projek Persiaran Gurney, Seri Tanjung Pinang (STP1) dan STP2, kerajaan negeri perlu mengeluarkan dokumen itu sekarang.

“Kami masih menunggu keputusan permohonan yang dibuat mengikut Akta Kebebasan Maklumat. Jika tiada apa yang hendak disembunyikan, maka kerajaan negeri perlu dedahkan dokumen kontrak itu kepada rakyat Pulau Pinang untuk penelitian mereka.

“Rakyat berhak untuk tahu apa yang berlaku di Persiaran Gurney, bagaimana pampasan diberi untuk tanah dan berapakah sebenarnya saiz penambakan yang dilakukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 14 Mac, pemangku Ketua Pemuda Gerakan negeri, Jason Loo memohon mendapatkan dokumen mengenai penambakan laut itu mengikut Akta Kebebasan Maklumat (FOI) dan sedang menunggu keputusannya, yang dijangka diketahui awal bulan ini.

Menurut Lee, dokumen itu bukan milik kerajaan negeri, tetapi milik rakyat Pulau Pinang dan kepentingan awam menuntut dokumen berkenaan dikeluarkan.

“Apabila dokumen itu dikeluarkan, maka kami akan mendapat gambaran lebih jelas tentang projek berkenaan dan bagaimana ia memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Satu laporan minggu lepas menyebut bahawa Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancang Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo menjelaskan bahawa hanya 53 hektar akan ditambak di sepanjang pantai Persiaran Gurney oleh pemaju yang dilantik kerajaan negeri.

Katanya, tambahan 24.2 hektar daripada pulau seluas 307 hektar yang akan dibina di luar pantai dalam projek Seri Tanjung Pinang Fasa Dua (STP2) juga akan diberi kepada negeri ini dan menjadikan jumlah keluasannya ialah 77.31 hektar. – BERNAMA

Tags: DAPprojek tambakan lautPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd